Ibu dan ayahnya tidak pernah solah waktu bersama keluarga dan anak-anak,apabila anaknya ditanya oleh gurunya kenapa duduk di kantin waktu solah,anak tersebut menjawab,kami dalam keluarga tiada penekanan dalam bab solah,ibu dan ayah tak pernah solah dirumah,kami hidup bahagia,aman damai,kaya dan sihat wal afiat,.apa guna solah..?
Kenapa kamu tak puasa waktu bulan ramadhan,dijawabnya,saya takut lapar dan bila lapar macam-macam penyakit mudah menular,.
Siapa beri kamu maklumat ini..?ibu dan ayah selalu beri alasan tersebut waktu bulan puasa.
Haram hukumnya berdua-duan dalam rumah dengan orang yang bukan muhrim atau mahram,perkara ini islam telah beri garis panduan dan jalan penyelesaian.
Saya yakin saya boleh elak perkara keji kerana kami bukan golongan tidak berilmu,keluarga kami juga telah restu hubungan kami.
Segala kekayaan dan kemewahan yang saya ada adalah hasil kerja keras saya sendiri.,waktu susah dulu tak seorang pun bantu saya tapi bila dah kaya ramai pula nak minta bantuan..manusia ni dihormati bila ada harta dan kuasa,itulah hukum alam.
Itulah dialog manusia dari kecil sampai peringkat dewasa dan tua..
Tapi sayangnya,Dialog antara malaikat izrail dan manusia sewaktu tamat tempoh kehidupan dunia tak ramai yang hafal atau cuba berfikir,renung-renungkan untuk umat akhir zaman macam aku..