Wednesday, December 14, 2016

Asam JOWO creation

Pos yag sudah ada upload pokok Asam ni berbunga lebat..umurnya hampir sama dengan usia peekahwinan kami,cuma dia duduk dalam pasu,sebab tu masih kelihatan kemetot..

Ini adalah buah pertama selepas hampir 13 tahun duduk dalam pasu.

Anak benih kultur tisu

Masih dlm peringkat percubaan walaupun org lain dah maraih hasil..semoga panjang umur pokok ni.

Friday, November 18, 2016

Kapal Karam

Jalan Melaka lagi,tapi kena berhenti sebab request dari Puteri Beca dan Abg lanun,sang puteti round area bandar melaka naik beca,abg naik kapal lanun..layan..

Tuesday, November 8, 2016

Selamat memandu

Pengguna jalan raya sekitar Peserai Batu Pahat dan Batu Pahat Simpang Lima perlu lebih memberi tumpuan  sewaktu melalui jalan tersebut sekitar jam 7.30 am sehingga 10.00 am berikutan fenomena matahari naik berada tepat aras jalanraya yang mampu mengganggu pandangan mata pemandu.Banyak kemalangan maut berlaku di jalan tersebut.Semoga lebih berhati² dan jangan memandu laju.Gunakan cermin mata gelap ataupun penghadang silau dibahagian atas cermin kereta.

Tuesday, September 13, 2016

Reunion 1983-1988

Salam ukhuwah,salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam diluar sana.Tanggal 12/9/2016 kami berjaya menyatukan bekas pelajar SKSPR dan guru Kesayangan kami Puan Hajjah Normah Surip di hadapan sekolah kami.Tahun 1983 kami duduk dalam darjah 1 dan waktu itu Cikgu Normah berusia 25 tahun.Menjadi guru kelas kami selama 4 tahun sebelum beliau melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi sewaktu kami dalam darjah 4.Beliau adalah guru kelas Tadika kami juga guru kelas sekolah rendah kami kerana rata2 pelajar kelas tahun 1983 tidak bersekolah tadika,tahun 1 adalah pra skolah utk kami semua.Rakan kelas mula terpisah sekitar tahun 1988 dan kami bersua kembali tahun ini selepas hampir 27 tahun dengan haluan hidup masing2.Program reunian ini adalah atas kerjasama semua pihak yang sudi hadir memeriahkan suasana,kepada yang tak berkesempatan janganlah kecewa atau bersedih,inn shaa Allah dikesempatan akan datang kami akan aturkan majlis ini sekali lagi.Terima kasih En Samsul,Iskanin dan semua rakan yang terlibat menjayakan program ini,juga jutaan terima kasih kami utk cikgu Normah kerana sudi meluangkan masa.

Antara gambar kenangan koleksi zonjuly utk semua rakan yang terlibat.















Friday, September 2, 2016

Tazkirah Jumaat

Ilmuan islam ada berkata,janganlah kita selalu memandang kesalahan orang sehingga kita lupa,kesalahan yang kita nampak pada orang lain itulah sebenarnya yang perlu kita perbetulkan dalam diri kita.Tapi kita selalu beranggapan orang lain lebih perlu diperbetulkan berbanding diri kita sendiri,akhirnya timbullah caci maki,umpat mengumpat,kata mengata dan banyak perkara dosa yang kita tak perasan memakan diri sendiri.
Memang berat nak mengaku atau terima hakikat bahawa kita selalu sombong dan bongkak dgn ujian yang Allah berikan berbentuk rupa paras,harta dunia,kesihatan dan banyak lagi yg Allah sekadar pinjamkan utk menguji sejauh mana iman hambanya.Janganlah kita rasa bangga dgn kejayaan dunia,pangkat dan harta,akhirnya kita akan lupa itu adalah ujian Allah kepada kita.
Jadilah seorang insan yang sentiasa cuba memperbetulkan diri sendiri dari sebok mencari kesalahan orang lain sebagai bahan ketawa.
Dunia dah tak tahan lama..ambillah peluang bertaubat agar Allah beri laluan iman dalam hati kita.
Untuk diri aku,keluarga dan anda diluar sana yang sudi berfikir.Maafkan aku Allah..surah alfatiha ayat 6.
Amiinnn.

Gambar sekadar hiasan koleksi jelajah pantai timur 31/8-3/9/2016.

Friday, August 26, 2016

Temerloh 2016

Datang lagi Temerloh tahun ni selepas berapa tahun aku pun lupa,tak banyak perubahan,Parin tempoyak dah tak 'kick'macam dulu..
Sungai makin jauh kedalam,pasar minggu tak dapat jumpa..

Friday, August 19, 2016

Sahabat

Aku simpan kata² emas ni untuk anda diluar sana,juga untuk diri aku serta keluarga.

Thursday, July 21, 2016

Trajedi 19/7/16

Tidur mlm dengan lampu power bank,tak de kipas,tak de econ..walau cuma separuh malam rasa macam 10 malam..sian kat budak²...
Main fius box over load,sebab skru ada yg longgar pada connector,penambahan mentol lampu dan wall plug..wall plug ada sarang semut..dan ada plug yg rosak.Batter buat check up semua item kat atas setiap bulan,mana² yg rosak cepat² ganti..sebab kejadian fius box terbakar mampu jadi trajedi yg lebih besar.
Alhamdulillah isteri dan anak² selamat..
Semoga jadi panduan utk anda juga diluar sana.

Wednesday, July 13, 2016

Jualan Raya

Macam jadi adat atau trend atau satu peluang business waktu hari Raya datang ziarah sahabat lama mahupun rakan taulan membawa barang untuk diniagakan..ada bawa baja..ada yang bawa stokin..ada bawa krim malam..yang jual insurans memang dah wajib..banyak lagi produk kalau nak dikeluarkan satu bonet kereta.
Tuan rumah pula tak nak beli pun terpaksa ambil ,sudahnya simpan dalam almari sampai tahun depan.Sebenarnya org menyampah dengan sikap segelintir pihak yg sebegini tapi payah nak luahkan..
Tolonglah buang adat atau tradisi macam ni.
.tak sesuai langsung.
Nak business janganlah paksa org beli sebab business macam ni akan mengundang persepsi negatif..percayalah..perasaan aku ni sama macam perasaan anda diluar sana yang berdepan situasi ini...kalau aku tahu tadi malas aku nak buka pintu
..tgk spiderman lg baik.
Slamat Hari Raya..

Friday, July 8, 2016

Syawal 2016

Dah 3 hari Ramadhan tinggalkan kita,masih terasa kesayuan,Syawal yg datang bukti kasih sayang Allah kepada kita,semoga Ibadah puasa kita diterima dan diredhai.
Selamat Hari Raya maafkan salah silap kami di zonjuly.

Monday, June 20, 2016

Ramadhan 2016

Puasa ramadhan hari ke 15,agak tenang bazar makanan kat medan..Apa yang best ..,macam taun lepas gak..otak² popiah goreng..singgit 3
..

Tuesday, May 31, 2016

On line dan kedai

Aku nak share sikit berkenaan online business dan business dari kedai.Dua² business ni sama cantik dan sama padan cuma ramai yang jadikan online business ni sbg satu business yg cinchai kata org cina..pelanggan tak dihargai sebagaimana pelanggan yg datang ke kedai kita.Ada pula yg ambil kesempatan menipu produk tambah lagi pelanggan tu duduk jauh dari tempat peniaga tersebut.
Barang rosak dipos kepada pelanggan dgn harapan pelanggan malas nak ambil pusing dan akhirnya dia berjaya membuat jualan,.Itulah konsep yg banyak aku nampak para peniaga online sedang buat..tapi tak semua..yg berniaga jujur dan berwibawa pun ramai..cuma segelintir individu mcm ni umpama merosakkan kepercayaan pembeli..takut org nak beli online.
Terpulanglah kepada anda utk membezekan dua jenis cabang business ni sama ada utk kebaikan atau kearah kejatuhan.
Nasihat aku,uruslah sama rata platform baru dlm bidang perniagaan ni agar kita boleh gunakan sebagai satu lagi senjata berbisa melariskan perniagaan kita.Jgn pasang niat "nasiblah sapa dapat barang rosak ni"atau "sila return balik kita ganti"memang sekali je la aku beli barang dengan ko..sebab apa..sebab kita sbg peniaga ada cukup masa utk semak atau periksa kondisi barang..alasan tak de dlm masalah ni..sebab aku juga berniaga online hampir 9 tahun..dari hari ke hari kita perlu belajar apa itu penghormatan dan penghargaan.Kepada saller² yg berwibawa..tahniah utk anda..
Bukan utk semua tapi sebagai peringatan kepada yg baru nak bermanja² dgn online business..jgn sombong,pelanggan adalah kunci utama kejayaan sesebuah business..jgn pandang ringan.

Wednesday, April 13, 2016

Tak jumpa pokok cempedak

Habis masa kerja gi singgah teluk ni ..dulu slalu gi sini,makin banyak pembaharuan tapi suasana sama.