Wednesday, July 30, 2014

Salam syawal

Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri,perkara sama nak kongsi sempena bulan mulia,saling kunjung mengunjungi sanak saudara serta rakan taulan, semoga ikatan silaturahim berpanjangan.
Nak kongsi mainan baru yang baru siap dipasang, sedia utk masuk tayar dan masuk litar.Enjin masih dara perlu diingat..!! Selamat berhari raya dari zonjuly utk semua.

Thursday, July 24, 2014

23 Ramadhan 1435 @ 2014

Dlm diam ramadhan dah nak sampai penghujung,tak rasa nak seronok pula diusia ni nak sambut syawal mungkin zaman aku dah berlalu.Yang aku nak pastikan seronok ialah budak dua org ni.. Yg sorang harap puasa cukup sebab setakat ni belum ponteng, yg sorang pula beraya tahun kedua dan baru dapat kaki.Shoppingkan diorg dah cukup buat kami gembira.Sebenarnya perkara paling seronok ialah tengok bebudak dua ketul ni pakai baju baru pagi syawal nanti..tema mak bapaknya warna warni hari raya...syukur Alhamdulillah.

Saturday, July 5, 2014

4776@zonjuly.blogspotdotcom

Terlalu pantas masa berlaku,laluan perjalanan penuh berliku dalam pentas sementara,aku sentiasa bermohon agar setiap perjalanan mahupun ujian adalah dibawah pengawasan serta bimbingan Allah peneraju semesta alam.Salam Ramadhan untuk keluarga tersayang dan seluruh umat islam.

Wednesday, July 2, 2014

Selamat ulang tahun ke 8

Genap 8 tahun Shukrey pada 30 syaaban semalam,tak de hadiah istimewa dari kami selain doa kepada Allah agar jadi manusia berguna kepada Agama dan masyarakat manusia sampai waktunya nanti.Hari  ni dah masuk 4 ramadhan,semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga.