Tarikh keramat 30 Mei hingga 2 Jun 2014 mengajak kami suami isteri merentasi vietnam dengan membawa peserta borong.Ramai antara mereka masuk vietnam buat pertama kali dan ada juga yang dah berulang kali kesana.Tujuan kami selain berkongsi ilmu,ianya juga berjaya membuka minda peserta kami yang mana selama ini tak pernah menyertai trip memborong.
Kami juga suka belajar budaya masyarakat disana selain merasai sendiri menu orang vietnam.Rata-rata peserta gembira dan berpuashati dengan layanan istimewa kami walaupun kami sebenarnya baru dlm bidang ini.Terima kasih rakan kongsi kami di vietnam yang bekerja keras menjayakan program ini.Insyaallah akan ada trip seterusnya menyusul selepas ini sama ada Guangzhou atau Saigon.
Antara gambar candid peserta kami yang sempat diambil.