Monday, November 3, 2014

No more ios

Dah selamat bertuankan orang baru,semoga sihat walafiat,sayang nak lepaskan,tapi tak baik hampakan harapan orang.ios tetap terbaik sepanjang aku gunakan iphone ni.

Antu 4g

Sebuk cerita psal hantu 4g,ada yang ok ada yang trick,tak tahu mana satu yang benar2 real...apa pun speed memang ganaz..

Saturday, October 11, 2014

ios 8 update

Dok ngerjakan benda ni bertemankan internet yang macan siput gondrong..

Friday, September 19, 2014

Batam makan ketam


Alkisah kembara kami kali ni masuk kawasan Batam yang terkenal dengan jolokan kepulauan "Neng"kami bukan nAk cari neng yatimah pun,cuma nak tengok cara masyarakat sana beradaptasi,bersosioekonomi.Tak banyak yg menarik sebab aku keracunan makanan masa tu..satu perkara yang aku sesalkan,rata2 taxi driver kat sana suka ambil kesempatan dan perkara macam ni  buat aku rasa kurang hormat dan tak hingin nak masuk area Batam lagi, mungkin tempat lain tak sama kot..

Wednesday, August 27, 2014

Kau pergi jua

Setelah hampir 2 tahun kita bersama akhirnya ko pergi jua,terima kasih atas layanan  baik dan tak banyak buat hal, semoga bahagia dengan kekasih barumu..

Sunday, August 17, 2014

Masih Raya

Penghujung syawal ni aktiviti jamuan hari raya tak berhenti,nak ambil gambar masa  jamuan kat rumah sendiri haritu pun tak sempat sebab tetamu diluar jangkaan, alhamdulillah,semua berjalan lancar walaupun kami uruskan berdua sahaja.

Tadi petang layan 4 buah rumah sampai perut meningkat mendadak sebanyak 4 inchi..apa pun terima kasih kepada yang terlibat.,selamat hari raya.

Wednesday, July 30, 2014

Salam syawal

Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri,perkara sama nak kongsi sempena bulan mulia,saling kunjung mengunjungi sanak saudara serta rakan taulan, semoga ikatan silaturahim berpanjangan.
Nak kongsi mainan baru yang baru siap dipasang, sedia utk masuk tayar dan masuk litar.Enjin masih dara perlu diingat..!! Selamat berhari raya dari zonjuly utk semua.

Thursday, July 24, 2014

23 Ramadhan 1435 @ 2014

Dlm diam ramadhan dah nak sampai penghujung,tak rasa nak seronok pula diusia ni nak sambut syawal mungkin zaman aku dah berlalu.Yang aku nak pastikan seronok ialah budak dua org ni.. Yg sorang harap puasa cukup sebab setakat ni belum ponteng, yg sorang pula beraya tahun kedua dan baru dapat kaki.Shoppingkan diorg dah cukup buat kami gembira.Sebenarnya perkara paling seronok ialah tengok bebudak dua ketul ni pakai baju baru pagi syawal nanti..tema mak bapaknya warna warni hari raya...syukur Alhamdulillah.

Saturday, July 5, 2014

4776@zonjuly.blogspotdotcom

Terlalu pantas masa berlaku,laluan perjalanan penuh berliku dalam pentas sementara,aku sentiasa bermohon agar setiap perjalanan mahupun ujian adalah dibawah pengawasan serta bimbingan Allah peneraju semesta alam.Salam Ramadhan untuk keluarga tersayang dan seluruh umat islam.

Wednesday, July 2, 2014

Selamat ulang tahun ke 8

Genap 8 tahun Shukrey pada 30 syaaban semalam,tak de hadiah istimewa dari kami selain doa kepada Allah agar jadi manusia berguna kepada Agama dan masyarakat manusia sampai waktunya nanti.Hari  ni dah masuk 4 ramadhan,semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga.

Tuesday, June 3, 2014

cua thăm chương trình về Việt Nam

Tarikh keramat 30 Mei hingga 2 Jun 2014 mengajak kami suami isteri merentasi vietnam dengan membawa peserta borong.Ramai antara mereka masuk vietnam buat pertama kali dan ada juga yang dah berulang kali kesana.Tujuan kami selain berkongsi ilmu,ianya juga berjaya membuka minda peserta kami yang mana selama ini tak pernah menyertai trip memborong.
Kami juga suka belajar budaya masyarakat disana selain merasai sendiri menu orang vietnam.Rata-rata peserta gembira dan berpuashati dengan layanan istimewa kami walaupun kami sebenarnya baru dlm bidang ini.Terima kasih rakan kongsi kami di vietnam yang bekerja keras menjayakan program ini.Insyaallah akan ada trip seterusnya menyusul selepas ini sama ada Guangzhou atau Saigon.
Antara gambar candid peserta kami yang sempat diambil.