Monday, December 16, 2013

Kenapa panggil rambutan gading..?

Tak terlintas nak tanya orang2 lama kenapa nama rambutan ni rambutan gading., sebab tak wujud ciri2 tanduk atau gading.. Walau macamana nama diberi, buah ni lebih feel bila dapat petik dengan tangan dan kupas guna gigi terus makan.

Friday, December 13, 2013

Kopi ice

Selagi belum habis, selagi itulah tak boleh  ternampak benda ni.Ada satu rasa tang pahitnya yang tak sama dengan kopi kat sini, org sini kena belajar buat risipi kopi macam ni.

Wednesday, December 11, 2013

Vietnam

Tak berapa nak kongsi dibumi bekas tapak perang ni sebab teruja dengan ketabahan serta kecekalan rakyatnya mempertahankan tanah air dari penjajah yang sungguh kejam.Anda pijaklah bumi vietnam dan anda akan rasai sendiri bagaimana keperitan yang terpaksa mereka hadapi demi mempertahankan tanahair mereka.Aku jadi benci dan meluat pada Tentera US yang menjadikan sesama manusia tak ubah macam haiwan.

Namun atas kebijaksanaan dan kecekalan rakyat vietnam inilah yang mampu memerdekakan mereka dari cengkaman penjajah.Rakyat vietnam tergolong antara rakyat terbijak dalam senarai golongan bijak pandai kerana kemahiran dan kekuatan mental mereka menghadapi penjajah.Tapi tak kurang dari mereka menderita sampai sekarang akibat kerosakan genetik yang berpunca dari radiasi "ORANGE"yang dilepaskan penjajah untuk menghapuskan kaum pribumi disana.

Sekarang Vietnam dah jadi negara membangun yang kaya dengan sumber makanan,kekuatan ekonominya juga mampu mengatasi negara kita.Itulah habuan yang mereka terima selepas sekian lama menderita dijajah Prancis dan US.

Trip kembara aku kali ini serupa dengan sebelum ini iaitu serampang dua mata,sambil meninjau tempat orang dan bercuti bersama keluarga.Peluang demi peluang cuba aku rungkai sebagaimana trip ke China sedikit masa dahulu.Insyaallah Mac nanti akan kembali lagi kesana membawa harapan.Peluang sentiasa ada tinggal kita sahaja yang mampu buka mata atau lepaskan ia begitu sahaja.

Ho Chi Minh City penuh jerangkap samar sebagaimana kita tahu rakyat mereka memang mahir membuat jerangkap samar waktu perang dulu,so berhati-hati ya.
Pada aku,mereka jauh lebih maju dari kita disini kerana mereka tak pernah memartabatkan diri mereka sebagai Tuan walaupun itu negara mereka,sikap sebegitu perlu kita contohi kalau ingin berjaya seperti mereka.

Antara koleksi foto yg sempat aku ambil waktu berada disana,mungkin dah biasa orang bercerita,berkongsi tips dan sebagainya mengenai bumi Vietnam ini,so aku malas nak menaip panjang lebar,nak info lanjut tak cukup kalau sekadar membaca blog orang,anda kena pergi sana barulah anda faham.

 Longan ni pun aku nak beli benihnya,tak nak beli buahnya sebab mahal..45000 dong,rm 6 hengget lebih sekilo...sebab buah ni besar.kalau setengah kilo dapatlah 15 biji...



 Pondok ni tak de masa perang dulu..semua duduk bawah tanah,ni dibina utk pelancong je..
 Kat sini paling ramai org isap rokok..aku pun tak faham dan penjaga kat situ pun tak kisah..tumpang sekaki lagi..pada pandangan aku..org vietnam tak suka bahasa inggeris ,itu pasal mereka tulislah mcmana,tapi tak faham maksudnya..tulisan atas tu pulak maksudnya zon merokok,gambar rokok pangkah merah tu maksudnya rokok dalam gambar tu tak boleh isap,kalau nak isap rokok kena isap rokok betul bukan gambar...agaknya laa...
 Kehebatan kejuruteraan rakyat vietnam tak mampu kita dambakan,bagaimana satu kawasan tanah tinggi yang keluasannya mencecah 200 km/persegi dengan kedalaman hampir 50 meter dan didiami hampir 15 ribu orang didalamnya.Sistem penempatan bawah tanah ini ibarat sebuah bandar bawah tanah yang mana ada sistem pengudaraan yang sempurna,terowong asap untuk dapur masak,bilik mesyuarat,klinik dan dewan makan.Sistem pengudaraan dan terowong asap dibina menyamai sebuah busut bila dilihat diatas permukaan tanah,siapa pun tak terfikir kalau lalu kawasan tersebut.
 GPMG ni mampu menumbangkan pokok sebesar 3 pemeluk dalam masa 3 minit..!!tak tahu berapa ramai nyawa rakyat vietnam dah mati dengan senjata ni..
 Peninggalan tentera penceroboh yang dipamirkan dalam museum war.Sebiji bom B%,yang paling besar di gambar tu mampu menghasilkan lubang seluas padang tennis..bayangkan berapa ramai manusia boleh hancur hanya dengan sebiji bom..!!
 Ciku ni sebesar jambu batu saiz xl lau kat sini,Vietnam terkenal dengan kehebatan bidang pertaniannya.Mana aku nak dapat benih ciku ni..?
 Artikel ni memang terbaik,sebab propaganda US mengatakan mereka bagus sangat sebenarnya penipu..tak sangka fakta yg kita terima selama ni adalah palsu tenteng Kumpulan Vietkong,Jepun dan kominis..merekalah sebenarnya yang membantu mengusir US dari bumi vietnam...pelik tapi itulah hakikatnya..
 Mangsa serangan senjata kimia yang mengakibatkan gangguan genetik seumur hidup.Tentera US melepaskan semburan kimia di kawasan penempatan yang memusnahkan sistem air,makanan dan ternakan.
Ini minah mat Salleh yg duduk dalam satu terowong bawah tanah dengan aku,tiba satu kawasan sempit,badan tak lepas dan tersekat kat situ..nasib baik boleh keluar,jadi terowong yang dibena hanya sesuai dimasuki orang asia bertubuh kecil sahaja..kalau anda bangga dengan badan besar,jangan mimpi nak masuk dalam terowong utk merasai nikmat hidup dalam tanah..!!