Tuesday, September 24, 2013

Persaudaraan


Aku masih mencari dan terus mencari pengertian persaudaraan.Apakah maksud kita ini bersaudara?adakah kerana kita seagama sebagaimana soalan mungkar nangkir itu..?apakah kerana kita adik beradik atau sepupu sepapat.. Baru digelar bersaudara?? Dan bagaimanakah hubungan yang harus dijalinkan sekiranya kita bersaudara?apakah islam yang digelar indah itu tak mampu difahami dalam erti persaudaraan?terlalu banyak soalan tapi jawapannya tetap satu..biarlah kita jadi diri kita sendiri yang diberi nyawa oleh Allah untuk berfikir,mentafsir serta patuh dengan undang undang Maha pencipta.Aku baru nak faham apa maksud soalan aku tadi,tapi tak semudah itu untuk aku berkongsi kefahaman ini agar kita sedar diri.. Semoga Allah pilih antara hambanya untuk jadi pembimbing bagi orang orang yang lalai serta lupa.

Saturday, September 21, 2013

Pedoman untuk semua

Kita hebat,kita kaya,kita sihat dan kita ada segalanya bukanlah sebenarnya kita dah terbaik..ingatlah,berulang kali Allah sebut dalam AlQuran,hormatilah kedua ibu bapa kamu,jagalah tuturkata semasa bicara..kerana doa merekalah kita mampu melihat bulan dan matahari sekarang..waspadalah dgn amanah ini ..kerana sudah jadi lumrah yang pasti..,sang Solomon akan kambali ketempat dia menetas untuk bertelur walaupun perjalanan hidupnya menjangkau ribuan batu jauhnya..

Monday, September 2, 2013

Rm 1.90 to Rm 2.10

Lagi 15 minit dari sekarang Ron 95' naik harga,dan bermulalah bencana kenaikan harga barang satu persatu selepas ini.Tunggu dan lihat apa akan jadi selepas detik kenaikan harga minyak ron 95' yang mana hampir 98% rakyat gunakan bahan api ini untuk bergerak..adakah 20 sen kenaikan ini mampu bertahan 5 tahun..? Agak mustahil dengan kenaikan kos bahan api sebanyak 10.5% ini para peniaga tidak terganggu mengenai margin keuntungan   dalam setiap barangan.,?aku tak perlu jawapan tapi cukup dengan rasa khuatir kerana aku juga peniaga..sama sama kita Tungguuuu...

Shooping pas raya

Nak baraya dah habis raya walaupun masih ada seminggu lagi syawal..,adalah lebih baik cari sedikit belanja dapur.Sambil tu nak carikan subang Ayrish dan kasut sekolah Shukrey sebab budjet ada utk diorang.

Pasal komen beberapa bloger yg aku jumpa semalam,entahlah,sebab pendirian dan kajian adalah peribadi ,malas nak komen lebih sebab aku nak belajar jadi manusia yang berpegang kepada kebenaran tetap akan dilorongkan kearah kemenangan dan bukan utk berbangga dgn kemenangan tapi biarlah kemenangan tu jadi contoh teladan memperbetulkan diri dan keluarga.Soal siapa salah atau benar sebenarnya semua tahu cuma takut org kata tak bergaya bila kita pilih sesuatu yang tak ramai org pilih..aku punya pendirian pula berbeza,sebab yg benar tu memang selalunya sedikit dan kurang bergaya berbanding yg tipu punya..tak percaya buatlah rujukan dalam masyarakat kt tmpt anda..dan renung2kanlah..