Wednesday, January 16, 2013

Makanan Jin

Bagus untuk memanaskan badan,tapi diusia sekarang,eloklah dijarakkan menu sedemikian.Aku memang peminat setia benda ni tapi haruslah dimasak sendiri bagi mengekalkan kesegarannya.Bukan nak kata masakan warung tak sedap.tapi adalah lebih baik kalau citarasa kita sendiri yang mengolah resipi ini agar lancar masuk tekak,selamat mengetes..Jangan lupa sediakan pisau untuk mengongges..

Tomato
Chinese Selery
English selery
Onion
Shallots
Garlic
Ginger
Lemon Grass
5 spices
sup powder
Olive oil 
Salt/Papper
Water

Tuesday, January 1, 2013

Peringatan di awal tahun baru


Firman Allah SWT: “Dan adapun orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang baik (syurga), maka Kami akan menyediakan baginya (jalan) yang susah. Dan apabila dia telah binasa, hartanya tidak akan bermanfaat baginya.” (Surah al-Lail, ayat 8-11) 

Golongan kaya harus bersyukur dengan nikmat Allah SWT kepadanya. Allah SWT akan menambah kurnia-Nya kepada hamba yang bersyukur dan melaknati mereka yang angkuh dengan kekayaan. 

Harta menjadi ujian besar kepada manusia hingga ada yang memilih kufur disebabkan sayangkan harta. Inilah yang dilalui oleh Qarun apabila ingkar mengeluarkan zakat, sedangkan sebelum itu dia termasuk golongan beriman dan menjadi pengikut setia kepada Nabi Musa. 

Betapa indahnya ajaran Islam dalam soal rezeki dan harta. Mencari rezeki dikira jihad dan membelanjakannya kepada kebaikan juga satu pahala. 

Maka sepatutnya setiap muslim berlumba-lumba mencari rezeki kerana bukan saja untuk memenuhi keperluan hidup di dunia, bahkan lebih penting lagi memberi kebaikan untuk bekalan di akhirat. 

Rezeki yang diperoleh hendaklah dibelanjakan dan sedikit disimpan untuk kegunaan masa depan. Harta juga perlu dibelanjakan ke jalan Allah SWT, iaitu hal berkaitan kebajikan seperti zakat, sedekah, wakaf dan sebagainya. Semoga bermanfaat.