Tuesday, February 7, 2012

Turn to Pasir Gudang by Cemilan Station








Challenger Deep

Bahagian laut paling dalam dan merupakan satu dimensi alam ciptaan Allah yang masih belum sempurna dikaji oleh ilmu manusia.Kawasan paling dalam atau lebih tepat jurang dalam lautan ini terjadi akibat rekahan bumi rentetan letusan gunung berapi didasar laut.Menurut sumber,kedalaman jurang ini mencapai 10,000 meter atau lebih tinggi dari gunung everest jika jurang ini diukur dari sudut ketinggian,namun 11,000 meter ini merupakan ukuran kedalaman didasar laut.Kecanggihan teknologi manusia mencipta kapal selam hanya mampu sampai sekitar 6,000 meter dari kedalaman asal jurang ini.Akibat tekanan didasar laut yang kuat,sejenis kapal selam khas sedang direka dan masih dalam peringkat kajian untuk menyelam di kedalaman 11,000 meter.Aku mengandaikan teori menyelam pada kedalaman maksimum dengan kapal selam memuatkan 2 orang manusia adalah agak mustahil kerana sehingga sekarang,hanya kapal selam robot sahaja berjaya menyelam di kedalaman 6500 meter untuk mengambil gambar dan mengumpul sampel.China dan Korea sedang giat menjalankan ekspidisi meneroka dasar laut memandangkan kosnya lebih rendah berbanding bidang aero angkasa.Sungguh angkuh manusia jika tak mengakui kekuasaan dan kebesaran Allah yang berkuasa mencipta alam semesta yang tak berpenghujung ini.Pernahkah anda terfikir bagaimana haiwan dan organisma aneh boleh hidup di kedalaman 11,000 meter didasar laut..?bagaimana sister tubuh haiwan ini dapat menahan tekanan baratus ribu tan..?Pada tahun 1992,sebuah kapal selam milik US,berjaya menyelam pada kedalaman 5000 meter tapi terpaksa naik kembali akibat dinding kapal dan cerminnya retak menahan tekanan tinggi diperut lautan.Mungkin sebuah kapal selam dengan bahan binaan Titanium bakal dicipta untuk ekspidisi akan datang.Beberapa sampel foto haiwan yang tinggal di kedalaman jurang lautan ini dapat memberi kita sedikit ilmu yang mana setiap penjuru alam ada penghuninya dan setiap penghuninya ditadbir dan diperintah oleh Allah tuhan semesta alam.Subhanallahh..