Sunday, January 23, 2011

Manusia memang lebih besar dari semut...


Assalamualaikum...

kalau kita lihat gelagat manusia yang terkadang mereka lupa diri hingga merasakan dialah makhluk paling besar dan gagah dialam semesta ini.Dari situlah manusia akan rasa sombong dan tidak bersyukur,berbuat kejahatan dan berbuat kerosakan.aku nak kongsi sedikit penemuan sains yang sebenarnya telah banyak dijadikan tajuk utama sekitar tahun 2005 lagi.Kita adalah makhluk yang Allah ciptakan dengan kesempurnaan,keselesaan dan ditempatkan di satu planet dinamakan bumi.Bumi ini Allah tempatkan pula dalam satu Galaksi yang sangat luas diantara berjuta galaksi di alam semesta ini dinamakan Bima Sakti(The Milky Way).


Bima sakti ini antara jutaan galaksi terkecil sebenarnya dan didalamnya terdapat banyak planet tidak berpenghuni hanya bumi sahaja manusia dan haiwan dapat hidup.Gambar beberapa planet dibawah memberi perbandingan yang nyata antara planet jika nak dibandingkan dengan bumi.Venus(Kejora) mempunyai keluasan hampir sama dengan Bumi.Dalam gambar ni kita seharusnya berfikir sebesar mana kita kalau kita kata kita lebih besar dari semut dalam tajuk n3 kat atas.


Seterusnya kita akan dibawa kepada perbandingan seterusnya antara planet dalam sistem suria kita.dalam gambar dibawah ni pula kita sama-sama lihat sebesar mana pula Kejora dan Bumi kalau nak dibandingkan dengan planet Uranus,Neptune,Saturn dan Jupiter..?Tentulah kita akan kata besarnya planet Jupiter tu hampir sebesar kacang hijau planet bumi kalau nak bandingkan dengan Jupiter,jom kita check pula sebesar mana planet Jupiter tu dalam gambar seterusnya.


Gambar kat bawah ni pula ialah keluasan planet Matahari dalam sistem suria kita yang mana membekalkan tenaga(cahaya dan gelombang elektromagnet) kepada Bumi.Nampak tak perbandingannya..?sebesar mana planet Jupiter tadi kalau nak dibandingkan dengan matahari...bumi boleh muat 1.3 juta biji kalau dimasukkan kedalam isipadu matahari...subhanallah..


Sebesar mana pula matahari kalau nak dibandingkan dengan sebuah ciptaan Allah yang diberi nama Arturus,iaitu sebiji bintang seperti matahari juga.kita lihat gambar dibawah..perbandingan antara Matahari kita dengan bintang2 lain yg popular seperti bintang Sirius yg terletak dalam Buruj Canis Major, Pollux yg membentuk kepala dengan bintang Castor dalam buruj Gemini dan Arcturus yang terletak dalam buruj Bootes. Lihat planet Jupiter yg hanya sebesar 1 pixel sahaja,hampir tidak kelihatan..


Gambar dibawah merupakan perbandingan bintang Arturus dengan bintang-bintang lain dari segi keluasannya..Bintang Antares dalam buruj Scorpius merupakan bintang dalam kelas Supergiant. Perhatikan Matahari kita, hanya sebesar 1 pixel!


Setelah membuat beberapa perbandingan ini,seharusnya kita mencari dimana kita kalau nak dibandingkan dengan sebahagian ciptaan Allah yang terlalu besar ini..Seharusnya kita berasa malu kepada semut tadi kerana kita kata kita lebih besar dan gagah..
Beberapa penemuan sains ini merupakan ilmu yang perlu dikaji agar kita lebih sedar siapa kita,sebesar mana kita dan siapa yang menciptakan kita.Pernah aku terfikir....ada berapa juta lagi agaknya galaksi di alam semesta ini yang tak terjangkau oleh pandangan mata mahupun teropong cahaya...?agak-agak dimanakah penghujung atau sempadan alam ciptaan Allah ini...?Kesimpulannya,alam ciptaan Allah ini mungkin hanya sebesar zarah atau tak nampak langsung kalau nak dibandingkan denganpara penjaga alam semesta(Para Malaikat) yang Allah perintahkan kepadanya untuk selalu mengawasi dan memastikan semua sistem berada pada paksinya sehingga satu masa yang Allah tentukan,alam ini akan musnah...subhanallah...aku sujud padamu ya Allah..
Wassalam..semoga memberi manfaat..

No comments: