Saturday, January 28, 2012
youtube
Aku nak sambung cerita pasal youtube dalam n3 aku yang sudah.Sebenarnya menurut pandangan aku,teknik promosi yang kita gunakan untuk sasaran jualan bukan sekadar mencapai objektif jualan produk semata,sebaliknya lebih kepada unsur hubungan persahabatan sesama manusia.Dalam kes ini,tak semestinya pembeli akan datang kepada kita sebagai seorang pembeli tapi mungkin sebagai pengintip atau perisik atau sekadar ingin berkongsi ilmu.Apa sebenarnya motif dan kenapa tak perlu dikesahkan,paling penting ialah layanan dan servis terbaik perlu kita kongsi agar jalinan yang pada mulanya persahabatan akan bertukar kepada rakan kongsi niaga.
Aku ambil youtube sebagai salah satu agen pengiklanan percuma yang perlu kita gunakan sebijak mungkin.Walaupun terpaksa habiskan banyak masa menonton monitor bisu,itulah nasib anda sebagai seorang internet marketer.Mulanya teknik pengiklanan di youtube digunakan sebagai agen affiliate dan terus terang aku katakan,teknik ini menguntungkan hanya sebelah pihak sahaja,buktinya anda hanya diberikan kurang dari 2% sebagai gaji anda bersengkang mata..kenapa tak kita gunakan untuk iklankan produk sendiri.
Ada pula yang jadikan sedikit ilmu yang belum pun tahu untung ruginya dijadikan sasaran golongan ketiga atau menjadikan golongan yang baru berjinak-jinak dengan internet sebagai mangsa jualan e-book.Aku hairan orang kita tak suka kongsi ilmu tapi lebih kepada keuntungan dalam bentuk wang ringgit.Walaupun aku ni tak banyak ilmu tapi sedikit ilmu yang aku sendiri rela untuk kongsi sebenarnya dah cukup memberi aku kepuasan.
Pada pandangan aku,cara terbaik untuk gunakan youtube ialah jadikan youtube sebagai agen serampang dua mata yang mana selain sedikit hiburan atau info untuk dikongsi,selitkan juga iklan anda tetapi lebih kepada unsur iklan yang sinis atau bersahaja seperti video anda berkisahkan satu penemuan pelik yang tak pernah orang lain saksikan,namun hanya 30% sahaja untuk tayangan diyoutube dan baki video tersebut haruslah anda jadikan (?)untuk membawa pengunjung kedestinasi seterusnya.Ini sebagai salah satu contoh yang banyak digunakan.
Selain teknik tersebut,anda juga harus bijak meletakkan kata kunci atau keyword dibahagian Tag misalnya video anda berkisahkan ular terbesar di Asia,contoh keywordnya tak semestinya perkataan ular itu sendiri,boleh juga kita letak perkataan lain yang ada kena mengena dengan ular.Atau tag lain yang berada di posisi teratas diyoutube.Jangan takut nak letak tag dan kalau boleh letaklah seberapa banyak tag yang anda mampu kerana tag tersebutlah yang akan membawa video anda kehujung jari pengunjung.Iklan anda tak perlu panjang lebar,cukup 3,4 patah perkataan tetapi tepat dan mudah difahami.Contohnya nak iklankan TV yang dah tak nak digunakan tetapi masih berada dalam keadaan baik hanya perlu tulis"tv toshiba 29" untuk dijual" seterusnya bawa pengunjung kepada link/url yang anda suka seperti di mudah.com(kalau anda upload disana)atau blog atau web page anda sendiri,segala detail perlulah anda lengkapkan disana.
Segala kedegilan dan kerja keras terpulang pada anda,semoga bermanfaat.
Labels:
Bicara Ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment