Saturday, October 23, 2010

Khasiat semulajadi kulit Manggis.



Assalamualaikum..

Ramai yang kurang arif mengenai buah tempatan ini.Para pengkaji bidang perubatan di US berjaya menemui kehebatan buah ini yang mana sebotol jusnya dijual dengan harga mencecah USD 900.00,cuba anda bayangkan..

KHASIAT KULIT MANGGIS

Kulit manggis jemur untuk keringkan dan jadikan serbuk. Masuk dalam capsule. Ambil setiap hari. Dekat US harga sebotol jus kulit manggis adalah RM900.00+ Benda ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja????

KHASIAT KULIT MANGGIS – JANGAN ABAIKAN (Benefits of Mangoesteen Skin )

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
4. Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)… shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) – helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant(Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol )

17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinson
29. Anti-diarrheal
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic – has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

Makanan Yang Membantu Menjauhkan KANSER


Assalamualaikum..

Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimanapun dalam keadaan realitinya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan. Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan segera diambil, sama ada melakukan rawatan, mahupun mula mengamalkan aspek berjaga-jaga ataupun pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu, mengenai punca penyakit tersebut. Apabila kita memperkatakan mengenai risiko untuk mendapatkan kanser, tidak ada satu sebab ‘solid’ yang boleh dikatakan menjadi punca kepada penyakit berbahaya itu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai pencegahan penyakit kanser, Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr. Ibrahim Wahid berkata, sehingga kini, tidak ada satu kajian tepat mengatakan bahawa sesetengah makanan ataupun tumbuh-tumbuhan boleh mencegah kanser.


Isu ini sangat komplikated kerana dari segi risiko makanan dan kanser tidak ada kaitan yang terus. Untuk mencegah kanser, kita tengok apa puncanya. Jika ia berpunca daripada makanan, kita tengok apa jenis makanan dan kurangkan makanan tersebut. Bagaimanapun, apabila memperkatakan mengenai makanan dan kanser, ia menjadi komplikated. Contohnya, daging. Ada yang mengatakan bahawa daging boleh menyebabkan kanser dan ini bermakna, jika anda tidak memakan daging, maka anda tidak akan mendapat kanser. Walhal keadaan ini tidak semestinya berlaku. Ini kerana, jika kita tengok mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian pun boleh mendapat kanser. Misalnya, orang Buddha, mereka tidak makan daging tetapi makan sayur-sayuran, tetapi ada yang menghidap kanser dan saya sendiri mempunyai pesakit daripada penganut agama ini. Sebab itulah saya katakan tadi, ia agak komplikated. Mereka yang menjaga kesihatan pun boleh mendapat kanser. Sebenarnya banyak faktor lain, antaranya merokok, peningkatan usia, sinaran matahari, radiasi, bahan kimia, virus atau bacteria, hormon, sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser, alkohol dan juga diet, kurang aktiviti kecergasan serta berat badan berlebihan jelas beliau.


Antioksida Cegah Kanser

Ditanya mengenai kelebihan antioksida yang dikatakan mampu mencegah kanser, Dr. Ibrahim berkata antioksida bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser. Antioksida terdiri daripada beta karotena, lycopene, vitamin C, E dan A. Antara makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi termasuklah lobak merah, tomato, sesetengah sayur dan kacang. Menjelaskan lebih lanjut mengenai topik ini, Dr. Ibrahim menjelaskan mengenai beberapa kajian yang telah dijalankan sekitar tahun 1990-an.

Kajian yang diterbitkan pada tahun 1993 ini dilakukan oleh Chinese Cancer Prevention Study ; ujian melibatkan kesan kombinasi di antara beta-karotin, vitamin E dan selenium ke atas masyarakat di Negara China (lelaki dan wanita)yang menghidapi kanser gastrik. Keputusannya, didapati kombinasi ‘unsure’ tersebut boleh mengurangkan risiko kanser gastrik. 1994 kajian melibatkan kaitan antara beta-karotena dengan vitamin E. menunjukkan bahawa kanser paru-paru di kalangan lelaki telah meningkat apabila mengambil beta-karotena. Sebaliknya, ia tidak menunjukkan kesan atau risiko apabila mengambil vitamin E.

1994 kajian yang dinamakan Kajian CARET juga memberikan kesan yuang sama yang mana beta-karotena dan tetinol (Vitamin A) boleh meningkatkan kanser paru-paru. 1999 Women’s Health Study yang mengkaji kesan antara Vitamin E dan beta-karotena dalam mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular di kalangan wanita berusia 45 tahun, mereka dapati ia tidak memberi manfaat dan tidak mendatangkan risiko.

Berdasarkan kelima-lima kajian, apa yang boleh katakana di sini ialah pengambilan makanan ataupun makanan tambahan tidak semestinya mengurangkan atau meningkatkan risiko kanser. Ini kerana daripada kajian tersebut, satu kajian menunjukkan kesan positif, dua kajian memberikan kesan yang negatif dengan meningkatnya risiko mendapat kanser dan dua lagi tidak memberi perubahan ataupun risiko ke atas kanser. Jadi, nasihat saya kepada pesakit, amalkan makanan seimbang. Masyarakat kita tidak dapat lari daripada mempercayai pantang larang dalam makanan. Sebenarnya, pantang larang ini boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan pesakit itu. Mereka sebenarnya memerlukan kalori dan cukup berbanding dengan pesakit lain. Apabila mereka menjalani rawatan terutamanya kimoterapi, mereka memerlukan lebih banyak tenaga, protein dan kalori.


Pakar nutrisi sentiasa menyarankan pesakit kanser meningkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan makanan berasaskan gandum. Begitu juga dengan daging, susu, telur dan juga keju. Manakala cara memasak juga disarankan diubah dengan menggunakan mentega, marjerin dan minyak. Sesetengah pakar pemakanan menyarankan supaya kurang mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi kerana makanan itu boleh membara kepada diarea (cirit birit) dan juga sakit mulut. Bagi pesakit saya, saya galakkan mereka mengambil pelbagai makanan yang disarankan, walaupun berat mereka naik sedikit, tetapi mereka tidak perlu risau kerana ia memeri kesan yang baik. Sebaliknya jika terlalu megawal pemakanan, berat badan akan susut. Ini akan lebih memudaratkan penyakit, katanya.


Pakar Imunologi Pemakanan beri pendapat berbeza


Sementara itu, menurut Pakar Imunologi Pemakanan yang juga pengasas E. Excel International yang berpangkalan di Amerika Syarikat (pengeluar makanan kesihatan), Dr. Chen Jau-Fei dalam Penyelidikan Imunologi Pemakanan, beliau mendakwa bahawa makanan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba, mengandungi nutrien seperti fitokimia, antioksida dan polisakarida yang tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan, malah boleh membantu mencegah dan merawat kanser. Menurut Dr. Chen cabaran paling hebat yang dialami oleh kebanyakkan penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan moden seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.



Katanya lagi, apabila tubuh tidak mendapat nutrien asas, sistem imun menjadi lemah dan hilang keupayaan untuk melawan penyakit. Sebaliknya, apabila ia berfungsi dengan baik, system imun mampu melawan penyakit malah dapat menghalang serangan toksin dan bahan cemar yang sentiasa mengancam persekitaran kita. Oleh itu, daripada hasil kajiannya dalam bidang imunologi pemakanan ini, beliau menemui hubung kait yang pasti di antara nutrien yang ada dalam tumbuhan makanan dengan fungsi sistem imun. Kata Dr. Chen lagi, Persatuan Kanser Makanan yakin bahawa pemakanan merupakan faktor utama yang dapat mencegah kematian akibat kanser.

Fitokimia

Ia merupakan sebatian unik dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Ia bersifat menyembuh dan berupaya mencegah penyakit kerana mampu menyuburkan dan memperkasakan sistem imun.


Antioksida


Melindungi daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain yang degeneratif (merosot).

Polisakarida

Rantaian panjang gula yang sering ditemui pada sesetengah cendawan. Kajian menunjukkan bahawa polisakarida cendawawan dapat menghapuskan pertumbuhan tumor dengan mengaktifkan sel imun. Ia juga membantu menyeimbangkan sistem imun dan membolehkannya memusnahkan sel-sel kanser sedia ada dan virus.


Sumber Pemakanan Semulajadi Yang Berkhasiat


Kaktus

Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Buah Kaktus

Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

Beri Ginseng

Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.

Biji Anggur

Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.

Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM)

Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.

Soya

Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.


Cendawan Maitake

Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggi.

Sumber asal: Majalah WANITA.

Menurut beberapa kajian yang pernah saya jalankan,semua fakta diatas haruslah diuji mengikut kesesuaian anda terlebih dahulu sebelum anda jadikan amalan.Mungkia ada diantara anda yang alah dengan beberapa sumber diatas.Dapatkan nasihat pakar perubatan anda sebelum anda layak mengambil dalam kuantiti yang besar.

Benarkah cara mendinding diri dari Sihir ..??

Assalamualaikum..

Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Lina Joy bersenjatakan Surah Al Baqarah..?

Assalamualaikum..

Aku suka baca n3 ni dan kongsi kat sini kerana n3 ni ditulis pada Tuesday, May 29, 2007.Sumber asal n3 ni ialah dari http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog...


Di dalam usaha Lina Joy menukar agama dan menukar status dirinya, perdebatan berlaku di antara peguam dan kehakiman di Malaysia. Yang menyedihkan apabila peguam beliau juga terdiri dari orang Islam. Semua mereka ini buta hati dan jiwa di dalam mengekar kedunian, wang dan harta. Tidak mustahil dunia kafir akan bersekongkol dengan Lina Joy untuk memenangi kes ini kerana untuk masa depan Kristian keseluruhannya. Satu Kemenangan ini akan membawa kepada kecemerlangan usaha MURTAD.


Tidak mustahil, selepas ini angka 100,000 orang yang MURTAD akan melonjak ke angka yang lebih besar sekiranya keputusan Mahkamah menyebelahi LINA JOY.

Di dalam sesuatu perdebatan, perkara yang tidak boleh dipertikaikan adalah penggunaan AL-QURAN. Kerana itu UMNO cukup bimbang berdebat dengan PAS kerana mereka tidak tahu terjemahan dan tidak tahu penggunaan ayat Al-Quran. Sepotong ayat sahaja mampu menutup semua mulut. Begitu lah besarnya Mukjizat Al-Quran itu.

MEMPERGUNAKAN

Surah Al-Baqarah ayat 256, digunakan dalam usaha memenangi kes MURTAD LINA JOY. Adalah menjadi perkara yang PELIK apabila ayat Kitab Islam digunakan untuk menolak Islam itu sendiri, manakala peguam yang juga Islam digunakan untuk menolak ISLAM itu. Begini lah akhir zaman dan tidak mustahil segalanya berlaku kerana umat dan pemimpin Islam sendiri tidak mendalami Islam. Maka terjadilah perkara-perkara yang bakal membunuh ISLAM, tanpa kita sedari.

Mari kita lihat kepelbagaian tafsiran surah Al-Baqarah yang dijadikan sandaran kepada Anti Islam untuk menyerang dan memperlekehkan Islam. Kenapa Surah Al-Baqarah dipilih untuk merealisasikan kemenangan Lina Joy?

TERJEMAHAN AYAT

Dibawah ada 3 terjemahan. Di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Jika kita cukup bijak di dalam berbahasa, mungkin ia jelas nampak bezanya.

Terjemahan di dalam bahasa Inggeris Surah Al-Baqarah (Ayat 256) *There is no compulsion in religion. Verily, the Right Path has become distinct from the wrong path. Whoever disbelieves in T?gh?t and believes in All?h, then he has grasped the most trustworthy handhold that will never break. And All?h is All-Hearer, All-Knower."

Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia Surah Al-Baqarah (Ayat 256) Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Terjemahan di dalam Bahasa Indonesia Surat Al~Baqoroh (2): 256 Tidak ada paksaan untuk MEMASUKI agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Di dalam 3 terjemahan di atas, terdapat perbezaan yang sedikit, membawa makna yang besar. Lihat terjemahan di dalam Bahasa Indonesia, perkataan MEMASUKI itu seperti kecil tetapi sangat besar ertinya. Ia menjelaskan bahawa ISLAM tidak pernah mengajak penganut agama lain di dalam menyertai Islam, ia lebih bersikap terbuka, tidak memaksa, redha, rela dan bersetuju . Manakala LARANGAN sebenarnya adalah kerana meninggalkan Islam, yakni MURTAD. Lantas adanya HUKUM BUNUH dan sebagainya. Itu kita WAJIB tahu.

Nampak mudah, tetapi sebenarnya sepotong ayat membawa makna yang berlainan MEMASUKI di dalam terjemahan Bahasa Malaysia dan Inggeris, secara tidal langsung bermaksud keluar Islam pun boleh.

Begitulah bahayanya jika AL-Quran diterjemahkan oleh orang yang ingin mengambil kesempatan atau tidak sedar akan kesilapan.

INJIL BERUBAH KE BIBLE

Kita semua tahu bahawa Bible adalah merupakan larutan dari Kitab Injil. Berita-berita memberitahu bahawa Injil Sebenar disimpan dan dielak dari dibaca oleh penganut Kristian sendiri.

Ini adalah kerana pada zaman King Arthur banyak bahasa dan pengertian INJIL diubah dari Bahasa Arab kepada bahasa Inggeris. Hanya dengan salah menggunakan bahasa dan terjemahan, kita melihat penganut Kristian tersasar jauh dari INJIL sebenar.

Perubahan terjemahan boleh salah ertikan dan diperdebatkan seperti yang berlaku sekarang. Lantas Penganut Kristian menjadi ragu-ragu akan INJIL itu sendiri lantas merosakkan kehidupan penganut Kristian mereka seperti mereka itu bersikap seperti tiada agama. Arak, pelacuran, judi dan pelbagai lagi perkara munkar berlaku kerana mereka hilang percaya.

USAHA PENTERJEMAHAN

Menterjemah merupakan salah satu kerja dan punca pendapatan. Namun jangan sekali-kali terlibat sama di dalam menyalah-tafsirkan Al-Quran. Implikasinya mungkin bukan sekarang tetapi akan datang dan membawa kemudharatan kepada Islam seluruhnya.

Terjemahan AlQuran ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris sudah lama dilakukan. Tetapi kesempatan ini baru sekarang digunakan oleh mereka yang anti Islam. Manakala orang Islam seperti terdiam tidak berkata apabila musuh Islam datang menyerang dengan menggunakan Al-Quran.

Malah memalukan apabila, keadaan sekarang ini melihatkan Islam diserang oleh Orang Islam yang ingin murtad, dibantukan oleh Peguam Islam yang menggunakan Kitab Islam sendiri. Kafir dan lakhnat hanya memerhatikan diluar sambil memberikan sokong padu di dalam bentuk wang dan semangat. Entah berapa juta yang sudah dilaburkan, kita sendiri tidak tahu. Tapi penulis yakin ianya angka yang besar.

BAGAIMANA DENGAN TERJEMAHAN AYAT YANG LAIN?

Mungkin ini hanya berlaku pada satu ayat ketika ini dan tidak mustahil akan ada terjemahan lain yang boleh diselewengkan mengikut rentak hati dan tujuan masing-masing.

Manusia sememangnya terdorong untuk melakukan perkara yang dilarang. Sikap kita masih seperti anak-anak. "Jangan memanjat" tetapi itu lah yang kita mahu. Sentiasa mencari ruang untuk mengejar keduniaan. Tidak fikirkan dengan siapa kita bersekongkol dan untuk apa kita sekongkolkan. Hanya mengikut nafsu supaya orang lihat kita kaya, berduit dan berharta.

ISLAM DAN KEMENANGAN

Dahulu Islam mempunyai ahli debat yang HEBAT, Allahyarham AHMAD DEEDAT. Selepas kematian beliau, kita terasa seperti kehilangan taring. Musuh Islam bukan sahaja menyerang terang-terangan dalam menghantar bom dan askar, mereka semakin bijak menyerang menggunakan ayat dan cara Islam sendiri.

Islam dibiarkan kalah dalam keliru. Itu lah hakikatnya yang berlaku pada Islam sekarang dan masa akan datang, ia mungkin lebih teruk lagi. Islam diserang menggunakan ALQURAN kerana Islam sendiri menjauhi ALQURAN.

Sudah banyak terjemahan dilakukan di Malaysia, begitu juga yang telah diedarkan. Adakah kita bersubahat melakukannya? Kita sebenarnya tidak sedar jika sehari 1 perkataan diubah, kerana kita tidak pernah pun MENGAMBIL BERAT.

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam.

Wednesday, October 20, 2010

Jerebu Di Batu Pahat.

Assalamualaikum..

Dah masuk 3 hari kawasan Batu pahat dilanda masalah jerebu.Jarak pengelihatan waktu pagi agak kurang memuaskan antara 40 hingga 50 meter.Aku pun tak tahu nak cerita masalah ni timbul akibat pembakaran terbuka atau hutan terbakar seperti yang pernah berlaku sebelum ni.Daearah Batu Pahat diwartakan memasuki zon merah yang mana tahap udaranya merbahaya dan boleh mendatangkan batuk kalau kita terdedah terlalu lama dengan udara luar.

Aku nak kongsi artikel yang tetiba muncul kat screen ni kat korang..tetiba je blogspot ni potong jalan aku...time orang nak update je mula dia nak update lah jugak...iiisshhh..!

"Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th."

So tak dapatlah aku nak load gambar jerebu nih..
Dunia dah akhir ni memacam bala dan bencana yang Allah beri sebagai peringatan.Tinggal kita je sedar atau terus alfa dengan agenda kita.

Suka aku nak ingatkan kepada para pembaca budiman diluar sana,kita berada di laluan terakhir sebelum Allah musnahkan alam ini dan menuju alam seterusnya.Dari situ,perlulah kita sebagai umat manusia yang jahil menoleh kebelakang sebentar dan saksikanlah apa yang telah kita lakukan untuk kita menyambut kedatangan hari-hari terakhir kemusnahan Alam semesta ni.Jadikanlah setiap detik masa silam yang pernah kita tinggalkan dulu sebagai tali pengukur antara jarak dan masa.Siapa sebenarnya kita dan layakkah kita diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini.Janganlah sampai kita terlupa bahawa Allah itu terlalu hampir dengan kita bahkan lebih hampir dari roh dan jasad kita..semoga iman dan Taqwa itu masih kekal milik kita..
Wassalam..

Tuesday, October 12, 2010

Assalamualaikum semua..



Mood teruk betul nak update blog aku ni.Bukannya tak ada bahan,berlambak kalau dikumpulkan.Tadi pagi time memandu ke batu Pahat aku dok dengar celoteh si Halim Osman kat radio yang mana membincangkan sedikit info pasal FB...perghh..hebat betul rakyat Malaysia kerana Fb tu dikongker oleh rakyat kita sahaja...melayu pulak tu..termasuk aku lah tu...sedangkan diasia pengguna FB tersikit ialah Japan..Terlampau ramai ialah Malaysia...satu Malaysia..semua guna FB sebagai laman sosial paling diminati..aku terfikir la juga..berapa duit yang dah dijana oleh FB dalam sehari...fuuhh..
Lupakanlah pasal FB tu dulu wat sementara waktu..sapa tahu kita antara orang malaysia yang berjaya menyimpang dari terus memberi sokongan yang tak berbelah bagi pada omputeh ni ...huhuhu...boleh caya ker...ni jap lagi nak log in ke FB nih...hahahaha...
Moral of the storynya...gunakanlah pisau belati tu untuk tujuan kebaikan..seperti memotong daging ker..siang sayur ker..jangan digunakan untuk tujuan jahat atau mencederakan diri sendiri....

Saturday, October 2, 2010

Penemuan Dajjal Di Sebuah Pulau .

Assalamualaikum...

Imam Muslim telah menukilkan sebuah Hadis Shahih di dalam kitabnya tentang penemuan Dajal Laknatullah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Salah seorang sahabat Nabi SAW yang baru sahaja memeluk agama Islam telah menceritakan kepada Baginda SAW tentang penemuan tersebut. Lalu Baginda SAW berkhutbah kepada semua orang Islam di satu ketika.

Hadis ini diriwayatkan oleh Fathimah binti Qais, satu ketika beliau pergi mengerjakan solat berjemaah di masjid dan beliau berada di tempat solat wanita. Ketika itu Nabi SAW mengimami solat, dan setelah selesai daripada solat, Baginda SAW naik ke atas mimbar dan berkhutbah.

Maksud Hadis

Nabi SAW bertanya : “Adakah kamu semua tahu, kenapakah aku menghimpunkan kamu?”

Para sahabat RA menjawab : “Allah SWT dan RasulNya yang lebih mengetahui”

Nabi SAW bersabda :

“Demi Allah, aku bukanlah menghimpunkan kamu semua untuk memberi galakan atau tegahan, tetapi aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad Dariy, seorang lelaki daripada Nasrani (datang kepadaku). Lalu dia datang (kepadaku) lalu berjanji taat setia dan terus memeluk Agama Islam. Dan dia (Tamim ad Dariy) telah menceritakan kepadaku tentang satu cerita, yang selari dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu tentang Masih ad Dajjal. Dia (Tamim) menceritakan kepadaku bahawa dia telah mengemudi sebuah kapal laut bersama lelaki dari kalangan yang menjengkelkan dan mengidap kusta. Lalu mereka dialun ombak selama sebulan berada di tengah-tengah lautan. Lalu mereka terdampar di sebuah pulau ketika matahari terbenam. Kemudian mereka (turun dan) duduk berhampiran kapal, dan mereka pun masuk ke dalam pulau tersebut. (ketika berada di dalam pulau tersebut), mereka terjumpa seekor binatang yang terlalu lebat dan banyak bulunya, mereka tidak tahu yang mana bahagian hadapan (tubuh) dan belakangnya (iaitu tidak kenal bentuk rupanya kerana sangat pelik dan) kerana terlalu banyak bulunya.

Mereka bertanya (kepada binatang tersebut) : Celakalah kamu! Kamu ini binatang jenis apa?

Binatang tersebut menjawab : Aku adalah al Jassasah.

Mereka bertanya : Apakah al Jassasah itu?

Binatang itu berkata : Wahai kamu semua! Pergilah berjumpa dengan manusia yang berada di dalam tempat pertapaan (bilik) ini. Dia sangat memerlukan maklumat daripada kamu.

Tamim ad Dariy menceritakan lagi kepada aku (Nabi SAW) : Setelah binatang tersebut menceritakan tentang ciri-ciri manusia yang berada di dalam bilik itu, kami pergi meninggalkannya berkemungkinan binatang itu adalah syaitan. Lalu kami segera masuk ke dalam, sehinggalah memasuki bilik tersebut. Di dalamnya terdapat seorang manusia yang paling besar pernah kami lihat yang dicipta (di dunia), dan sangat teguh, tangan sehingga leher dan lutut sehingga tumit dirantai dengan besi.

Kami bertanya : Celakalah kamu! Siapakah kamu ini?

Manusia itu berkata : Sesungguhnya kamu telah mengenali tentang diriku, maka ceritakanlah tentang kamu semua?

Mereka menjawab : Kami adalah manusia berbangsa Arab, yang pergi belayar di atas lautan, lalu kami telah sesat (hilang arah) laut ketika kami sedang leka (hilang arah atau sesat), maka ombak lautan mengalunkan kami selama sebulan sehinggalah kami terdampar di pulau kamu ini, lalu kami turun daripada kapal (bermalam) dan kami masuk ke dalam pulau. Kami ditemui oleh seekor binatang besar yang sangat banyak bulunya, (bentuk yang pelik) dan tidak diketahui bahagian depan atau belakangnya kerana banyaknya bulu. Kami bertanya : Celakalah kamu! Siapakah kamu? Dia menjawab : Aku adalah al Jassasah. Kami bertanya lagi : Apakah itu al Jassasah? Dia menjawab : Pergilah menemui lelaki yang sedang berada di dalam bilik pertapaan ini, sesungguhnya dia sangat memerlukan maklumat daripada kamu. Lalu kami meninggalkan dia, dan kami tidak tenteram kerana berkemungkinan dia adalah syaitan.

Manusia itu bertanya : Ceritakan kepadaku tentang pelepah tamar Baisan.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Manusia itu menjawab : Aku bertanya kepada kamu tentang pelepahnya, adakah ia sudah berbuah?
Kami berkata kepadanya : Ya..

Dia berkata : Sesungguhnya ia tidak akan berbuah lagi dalam masa terdekat.

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Tasik Thabari.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah masih terdapat air di situ?

Mereka menjawab : Di tasik tersebut terdapat banyak air.

Dia berkata : Sesungguhnya air di situ akan mengering dalam masa terdekat.

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Ain Zughar (Sebuah Bandar di Syam yang mempunyai sumber air dari dalam bumi).

Mereka bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah di Ain itu masih terdapat air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dengan air tersebut?

Mereka berkata kepadanya : Ya, ia masih mempunyai banyak air dan penduduknya masih bercucuk tanam dengannya (air tersebut).

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang seorang Nabi SAW yang tidak tahu membaca dan menulis, apakah yang dia lakukan?

Mereka menjawab : Dia telah keluar dari Mekah dan mendiami di Madinah.

Dia bertanya : Adakah Bangsa Arab memeranginya?

Kami menjawab : Ya

Dia bertanya lagi : Bagaimanakah dia (Nabi SAW) menghadapinya (serangan arab tersebut)?

Kami menceritakan kepadanya bahawa dia (Nabi SAW) muncul di kalangan generasi muda Arab, lalu mereka mentaatinya.

Dia berkata lagi : Adakah terjadi sedemikian?

Kami berkata : Ya

Dia berkata : Sesungguhnya itulah yang terbaik bagi mereka ialah mentaatinya, dan aku menjadi pemberitahu tentang diriku, aku adalah al Masih. Aku hampir-hampir dibenarkan untuk keluar (menyesatkan manusia), lalu (setelah aku dibenarkan, aku akan) keluar menjelajah ke seluruh dunia, dan aku tidak membiarkan sebuah kampung pun, melainkan aku mencerobohinya, (semuanya) berlaku dalam tempoh 40 hari, kecuali Mekah dan Taibah (iaitu Madinah, yang kedua-duanya tidak aku masuki). Kedua-duanya diharamkan kepadaku (untuk mencerobohinya). Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku terjumpa Malaikat (yang menjaga) dengan pedang terhunus di tangannya, menghalang aku daripada memasukinya. Dan sesungguhnya di setiap sudut terdapat malaikat yang menjaganya….” (Shahih Muslim : 6/119)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Dajal Laknatullah sudah berada di dunia ini semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Dajal Laknatullah berada di sebuah pulau yang tidak dapat diketahui lokasinya yang dijaga oleh seekor binatang besar yang lebat bulunya. Dia dirantai di dalam sebuah gua dan tidak dibenarkan keluar sehinggalah sampai saat kemunculannya di akhir zaman untuk merosakkan manusia di dunia ini.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Suber asal:http://ibnuirfadzil.blogspot.com/