Monday, August 4, 2025

Jaga adab dan akhlak

Assalamualaikum,suasana pagi ni masih redup tapi tak mendung,langit bersinar namun tiada sang mentari.Sejuk mata saksikan alam damai ciptaan Allah,terima kasih ya Rab masih sudi pinjamkan roh dalam jasad ni untuk terus jadi hambamu yang setia,peliharakan iman dan taqwa kami sekeluarga agar nanti cukup syarat kami untuk tinggal kekal dalam syurgamu.
Kita tak perlu jadi mahal untuk dihargai dan dikasihi,cukup apa yang kita buat adalah kerana Allah yang cipta dan hadirkan kita dipentas dunia sementara ni.Tak perlu bersinar setara mentari tapi cukup tidak menggelapkan suasana,aku pernah belajar hidup dengan akhlak dan budi pekerti bukan untuk tujuan dihormati tapi untuk satu jawaban yang mana soalan tersebut sedang menunggu kita dialam barzah nanti.
Ikhlas tak perlu diucap,gembira tak perlu ketawa dan sedih tak mesti menangis,ingat satu perkara,kita cuma hamba,kita adalah hina tanpa iman dan taqwa,contohilah penghulu kepada sekalian makhluk dimuka buni ini kerana Allah datangkan baginda untuk jadi ikutan dan itulah landasan yang Allah mahu.
Kepada anak² dan isteri dibawah jagaan aku,semoga Allah selalu Jaga kalian didunia sampai sempurna perjalanan kita menuju alam abadi.

Friday, July 4, 2025

Hb Tuan Haji

Yang terpenghujung utk 4 series tahun,semoga Allah beri keberkatan utk kami sekeluarga.

Friday, June 20, 2025

Penang-Cameron

Test long distance drive ke utara,bole tahan lagi,plus minus 10 jam ke penang,mantap cx30 utk long jurney,Bole cuba sapa² diluar sana.