Thursday, January 29, 2015

Wak tua dan cangkul

Lama tak update blog ni,takut nanti lagi lama lagi tak sempat,.aku nak kongsi kisah benar seorang tua bersama cangkul kesayangannya yg mana rupanya membawa manfaat utk yg hidup dan yang dah meninggal dunia.

Kisah benar ini dikongsi oleh seorang guru waktu aku menghadiri kuliah maghrib tak lama dulu.
Kisah berlaku di satu tempat di Batu Pahat.
Wak ni hidup sebatang kara namun hobinya apabila tiba musim hujan,beliau membawa cangkulnya membuang air dalam lopak disepanjang jalan kampungnya,walaupun dia seringkali ditegur penduduk setempat,namun hobinya tetap diteruskan.Penduduk mendakwa umur beliau telah menjangkau 90 tahun dan kuderatnya tidak sekuat mana hingga tiba satu masa beliau meninggal dunia akibat sakit tua.
Hari beliau meninggal hujan turun tanpa henti dah kerja2 penggalian kubur masih belum dijalankan hingga tengah hari,bila hijan reda sekumpulan jemaah bergegas ke kawasan kubur berhampiran sungai,alangkah terkejutnya kumpulan penduduk tersebut kerana dari jauh sayup kelihatan kawasan kubur ditenggelami air,namun apabila diamati,ada sebatang cangkul tegak berdiri diantara kawasan kubur tersebut kaku mereka bergerak menghampiri kawasan tersebut.
Pelik dan sukar diterima akal kerana liang kubur sudah siap bergali,dan yang hairannya kawasan sekeliling banjir hingga paras betis,namun lubang kubur yang siap bergali tadi langsung tiada air,kering seperti tanah musim kemarau.
Tiada tanda manusia lain selain kumpulan penggali yg baru sampai dikawasan perkuburan tersebut,siapa gali kubur tu?hanya sebatang cangkul yg biasa digunakan arwah membuang air lopak di jalan semasa hayatnya,adakah arwah menggali kuburnya sendiri,mustahil kerana arwah sakit hampir sebulan terlantar sedangkan tanah kubur semacam baru digali tak sampai satu jam..wallah hu alam..
Arwah dikuburkan seperti biasa ditengah2 kawasan kubur yang banjir..kuasa Allah..
Aku berhajat nak ziarah kuburnya bila ada kelapangan insyaallah.

No comments: