Friday, November 23, 2012

Peti Tabut



Ini adalah gambaran atau mungkin juga replika atau gambar sebenar peti rahsia yang masih menjadi tanda tanya kita semua.Menurut sumber peti dengan nama Tabut ini menjadi rebutan golongan Yahudi dan mereka masih mencari peti ini kerana mereka menganggap merekalah yang berhak keatas peti rahsia ini.

 "Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman."
 (Surah Al-Baqarah, ayat 248)


PETI TABUT atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of Covenant" ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen. Tudungnya yang keemasan itu dikatakan "Takhta Kasih" dari Allah S.W.T. Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman. Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi berkuasa di dunia ini sebagai "UMAT YANG TERPILIH". Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.

Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon). Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail). Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya. Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist sebagai lambang negara haram Israel mereka. Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon's Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin. Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Zionist untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh dipelajari.

Golongan Yahudi-Zionist ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji. Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka. Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim. Kecenderungan Yahudi-Zionist ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal Gdengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka. Agenda Zionisme Yahudi ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia. Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir. Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah "UMAT YANG TERPILIH" untuk menjadi tuan di muka bumi ini. Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu "Manna Was Salwa" dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.

Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia? Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman A.S itu. Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron). Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion. Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru. Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris. Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal. Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar "Jew" (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme.

 Ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel? Mereka telah hilang, hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir). Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang. Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah). Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia. Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita. Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.

 Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel. Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya "KETUANAN" mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini. Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai "HAK" ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu. Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut. Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" itu bersama manusia-manusia lain yang beriman. Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut.

 Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir). Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer). Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman. Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel. Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini. Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononya seperti ketika Tuhan memberi "KETUANAN" dan "HAK" melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu. Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman. Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui.

Kepada para pengkaji diluar sana,maklumat ini perlukan banyak rujukan dari banyak sumber agar perkongsian kita tidak dianggap sebagai satu hikayat,sila panjangkan kajian anda untuk keputusan yang lebih detail,semoga bermanfaat.

No comments: