Monday, October 24, 2011

Disebalik cerita bantal


Assakamualaikum,..

Aku selalu terfikir kenapa anak aku sejak kecil sayang sangat dengan bantal busuknya,pernah satu ketika dia tak dapat tidur dan merenggek sebab bantak busuknya tertinggal kat kampung.Pernah juga aku terpaksa berpatah balik dari Penang ke Alor Setar semata-mata nak mengambil bantal anak aku yang tertinggal di salah sebuah hotel yang namanya aku dah tak ingat.Padahal boleh beli sepuluh bantal serupa tu kat mana-mana tapi kami lagi arif dengan rahsia bantal kesayangan anak kami tu,memang tak akan diguna pakai bantal baru tu...aku mulanya heran kenapa dan mengapa..?Nak basuh tu jauh sekalilah..bau yang macam bahan radioaktif tulah yang menjadi pujaan hatinya.

Perangai budak ni memang unik kalau kita cuba mendalaminya,sebenarnya itulah lambang kasih sayang dan kesetiaan hati sikecil terhadap kedua orang tuanya dan bantl tu sebenarnya perantara sahaja.kita pula sebagai ibu dan ayah selalu tak nak faham apasal budak kecik ni kalau tak de bantal busuk,kain lampin pun jadilah buat pengubat rindu..macamtulah kita kalau terpisah dengan anak kita walau sekejap,tak mampu lelap mata,makan tak lalu,nak mandi pun malas.Aku terbaca kisah bantal ni dalam sebuah blog tapi memandangkan tuan tanah tak bagi share,terpaksalah aku buat N3 aku sendiri...nak tahu apasal tuan tanah tu tak bagi share..?sebabnya sungguh sedih..tuan tanah tu sebenarnya menulis blognya dalam bahasa Iban..dalam sebaris ayat aku dapat faham dua perkataan je..jadi aku pun malas nak share..

Ada orang kata kalau tidur suka peluk bantal,orang tersebut berjiwa seni,baik hati,romantik dan bersopan santun.Aku pun tak berani nak kata ini satu fakta sebab belum buat kajian.Ada pula yang kata kalau tidur tak guna bantal langsung menandakan orang tersebut egois,..itu pun bukan satu fakta..aku tak berani nak memandai kata benda ni benar dan sahih.
Apa yang penting aku memang suka tidur guna bantal dan kalau boleh nak guna bantal kapas macam masa aku kecil dulu,sebab bantal sekarang semua dibuat guna sponge basuh pinggan..!

Pernah tengok bantal penuh dengan peta air liur basi..?aku pernah dapat bantal ni masa tumpang tidur kat rumah seorang rakan sewaktu diUnittar dulu,sanggup aku tidur berbantal lengan..hampeehh..Arwah Embah dulu pernah bercerita kalau nak jadi orang bijak kena tidur atas bantal yang dibuat gunakan kayu pulai yang hanya dilekukkan ngam-ngam kepala..aku pun tak tanya sebab apa,atau aku tanya masa tu tapi jawapannya aku dah lupa masa aku nak tulis N3 ni.

Walau apa pun tanggapan pasal bantal,haruslah meninggikan kepala sewaktu tidur dan membenam kepala kebumi sewaktu sujud dalam solah,kerana waktu itulah kita akan rasa kitalah hamba paling rendah,kerdil dan paling hormat terhadap Allah maha pencipta,..Wassalam.

No comments: