Monday, December 26, 2011

Bubur nasi Syaidina

Gambar ni aku pinjam dari blog http://idazuan.blogspot.com,memandangkan gambarnya cantik dan begitu menyelerakan sekali.Aku rindu pada bubur nasi yang pernah aku hidangkan kepada pelanggan yang makin hari makin ramai satu masa dulu.Dan sampai sekarang pun masih ada yang bertanya kenapa tak buat bubur lagi??.Walaupun hanya bubur,namun kepuasan yang aku dapat dari air tangan aku memang berbaloi.Ramai orang pandai masak bubur nasi,tapi mungkin rasa dan cara membuatnya tak sama,bahan yang dijadikan lauk juga berbeza.Ada seorang pelanggan pernah mencuba risipi bubur aku sewaktu beliau dalam keadaan demam,dan selang seminggu dia kembali lagi dan saban petang menikmati bubur nasi aku,manis memori tu.Aku tak berani tanya kenapa hampir tiap-tiap petang makan bubur,dan tak lupa satu lagi tapau utk isterinya.Yang datang sebagai perisik pun ada dan akhirnya jadi pelanggan tetap...macam-macam hal.


 Aku bukan nak cerita pasal cara membuat bubur,tapi nak cerita setiap apa yang Allah lorongkan kepada kita haruslah dilakukan berbekalkan usaha.Dan setiap apa jua rezki yang Allah beri itu bukanlah semestinya bermula dengan'A'tanpa kesudahan,atau berakhir dengan'Z'.


Mungkin kita rasa kita berjaya dalam perniagaan atau bidang pekerjaan,tapi sebenarnya kita gagal dalam urusan kita dengan Allah.Mungkin kita rasa cukup duit untuk membeli sebuah pesawat,namun kita sebenarnya tak pernah cukup duit untuk berbakti kepada kedua orang tua kita.Itulah kemegahan pentas dunia,siapa kaya dan berharta akan jadi sanjungan dan siapa miskin harta,jadi bahan hinaan dan cercaan. 




Aku terbaca sebuah kisah sedih dari sebuah blog sebentar tadi mengenai seorang anak angkat yang dibesarkan dalam suasana kehidupan yang miskin,dan akhirnya berjaya menjadi seorang peniaga yang berjaya di sebuah kota metropolitan.Ibu dan bapa angkatnya meninggal dunia sewaktu beliau menunaikan fardhu haji tahun sudah.Agaknya,apakah yang anak angkat ini lakukan sebagai membalas jasa kedua ibu bapa angkatnya selain himpunan doa..?aku rasa kita tak mampu lakukan apa yang telah dia lakukan..dan bila ditanya kenapa dia lakukan perkara tersebut,dia menjawab,:


 Sewaktu di Makkah,ada seorang lelaki meminpin dua orang tua yang separuh uzur mengerjakan haji sampai selesai,dan kedua orang tua tersebut bukanlah ibu bapanya atau ibu bapa angkatnya,mereka adalah hamba allah yang dijelmaka sebagai ujian terhadap lelaki tersebut.Dia rakan sebilik dengan lelaki tersebut.Pelbagai perkara sukar terpaksa dilakukan termasuk dia terpaksa meninggalkan beberapa wajib haji namun dia tak pernah meninggalkan kedua orang tua tersebut.Pada akhir musim haji sebelum balik ke tanah air,lelaki ini membawa kedua orang tua tersebut ke depo tabung haji di bawah hotel penginapan dan meninggalkannya sebentar sambil membawa pas haji keduanya untuk bertanyakan penerbangan pulangnya.Sampai di kaunter,pihak tabung haji memeriksa pas lawatan haji kedua orang tua yg telah uzur tersebut dan didapati mereka tidak ada dalam senarai tabung haji dan dua keping name kad yang diberi pada pegawai di kaunter tersebut merupakan dua naskah surah yassin.


 Persoalannya bukan kat mana hilangnya kedua org tua uzur tadi,tapi siapakan lelaki tersebut sampai Allah uji kejujurannya sedemikian rupa..?katanya,dulu sewaktu di tanah air,dia adalah hamba Allah yang tak sempat berbakti kepada kedua ibu bapanya dan selalu berdoa agar allah beri peluang dia berbakti kepada keduanya walaupun itu adalah mustahil kerana kedua org tuanya telah tiada.Allah maha kaya dan tiada yg mustahil bagi Allah.. Melalui pengalaman tersebutlah lelaki pertama tadi jadi lebih taqwanya dan bertekad seluruh harta yang ada padanya adalah pinjaman dari Allah.Semoga amal baktinya dibarkati Allah..Amiiinnn..semoga bermanfaat.

No comments: