Diriwayatkan daripada Abdullah
bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu makan,
hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum
hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya
syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga
dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).
Kesimpulan Hadis:
Kesimpulan Hadis:
1- Makruh makan dan minum dengan
menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan
sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupai syaitan.
2- Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan
di dalam semua perkara sehinggalah di dalam persoalan memakai kasut dan
keluar dari rumah.
3- Ancaman dari melakukan perkara yang
jelas disebut di dalam hadis sebagai perbuatan syaitan.
No comments:
Post a Comment