Wednesday, October 26, 2011

Jangan stress..


Assalamualaikum,..

2,3 hari ni kepala hampir kena maigrain akibat lama sangat mengadap pc,lagi satu kurang minum air masak.Betul ke kata orang nak hilangkan sakit kepala perlu lihat suasana kehijauan alam sekitar..?agaknya kot..tapi panadol kan ada,khas untuk para penagih panadol,masa nilah paling sesuai.
Aku sebenarnya teringin nak share beberapa teknik promosi atau jualan apa jua produk dengan menggunakan youtube for free,tak payah nak beli e book atau apa segala..cuma masa yang sesuai belum sampai.
Sekarang ni kalau nak edit atau post video utk tujuan promosi memang cukup mudah kerana setiap tahun atau mungkin setiap bulan you tube akan upgrade perkhidmatannya.Baru tadi aku jenggah beberapa function terbaru seperti dibahagian edit,kita boleh masukkan lagu,cut video atau remove url yang dah tak kita gunakan lagi.
Kalau masa aku mula-mula belajar dulu,setiap video yang diupload haruslah siap sepenuhnya baru boleh upload,contohnya file flv,avi harus kita setup waktu edit video sebelum upload.Sekarang tidak lagi,boleh upload apa-apa video tanpa suara,lagu atau tanpa link.
Copyright atau hakmilik lagu yang diupload masih seperti biasa,perlu dapatkan hak third party seperti sebelumnya dibahagian discription.Jadi risiko video anda nak kena band oleh pihak youtube adalah perkara biasa,solution paling hampir apa nak buat ialah buat sekurang-kurangnya 20 to 30 email di google/yahoo dan sign up kat utube,tak kisahlah nak buat beratus-ratus akaun berbeza pun tak apa asalkan jangan lupa usser and pass udahle..
Tapi tahun 2011 ni you tube dah tak berapa nak meletup ussernya,walaubagaimanapun masih boleh digunakan utk tujuan promosi secara rambang dengan pengenalan link landing page anda agar orang masuk ke tempat yang anda sasarkan seperti web page atau blog dan sebagainya.
Kalau nak sasarkan usser dari arah asia,perlulah tahu video yang sekarang tengah hot utk diupload dan boleh digoogle sendiri.Biasanya usser asia kurang sporting tapi sebilangan kecil yang mengarah kepada sasaran anda sudah memadai.Itu tandanya teknik anda hampir berjaya mengenai sasaran.
Secara kasarnya orang akan click atau masuk laman youtube sebanyak 4,530,000,000 kali dalam sehari diseluruh dunia,tapi amount ini masih belum dapat menewaskan facebook dimana penggunanya mencapai sehingga 16,340,000,000..!awal tahun 2009,youtube pegang ranking tu, sekarang tidak lagi..
ok ada masa nanti kita cerita lagi pasal youtube..
wassalam.

No comments: