Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana
bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah
seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu
umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap
kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai
Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran
apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka
mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia),
tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa
lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.
Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka
bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin
adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari
penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu
wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati".
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak,
rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan
Allah s.w.t. Manakala
“takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat
persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk
berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.
Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan
mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di
dunia dan di akhirat. Insyallah.
No comments:
Post a Comment