Sunday, October 9, 2011

Sujud


Assalamualaikum,..

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malah setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.Sujud dilabelkan dalam dua bentuk :

1. Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat,
2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan Hamba kepada Penciptanya dan menjauhi larangannya.

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya meningkatkan keupayaan mantiliti.

Kelebihan sujud antara lain ialah :

Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud:

Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh bagi wanita,
Melegakan sakit hernia.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan
Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa)
Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
Meringankan bahagian PELVIS.
Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
Kegemukkan (obesity).
Bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Secara psikologinya, kita dituntut bersifat rendah diri di hadapan Pencipta serta menjauhi sifat sombong, riak, takabur atau dalam erti kata lain sifat suka menunjuk-nunjuk sesama manusia padahal Allah jualah yang paling hebat dan berhak menunjuk segala kehebatannya untuk manusia sedar bahawa mereka hanyalah makhluk ciptaannya.

Wassalam,semoga bermanfaat.

No comments: