Tuesday, October 18, 2011

Curi line sana sini,..whatch out..!!


Assalamualaikum..

Kalau dah nama pencuri tak kira apa barang pun sanggup dicuri.Zaman dah makin canggih,teknologi dah versi 2020,makin upgrade cara kehidupan dari yang nampak bayang kepada yang tak nampak bayang.Faham maksud aku..?
orang zaman dulu duk tunjuk kat semua orang macamana mereka cari duit,kumpul harta agar semua orang tahu 'dia'banyak harta,kaya raya..tapi orang sekarang pulak dah terbalik..untuk keselamatan sebenarnya..kecuali terperangkap dengan LHDN..ekekeke..
Aku sebenarnya nak share kat anda diluar sana yang tak tahu atau tak perasan bahawasanya line internet korang dah kena rewang...sedangkan yang anda tahu bayar rm 140 sebulan..bila nak download movie..cuma sekadar 120 kb/s...katanya Tm sedang mengalami gangguan line internet..padahal line 1 sampai 4 berderet orang tumpang free..itu anda harus ambil kira,kalau nak bersedekah pun kena pada tempat dan masanya..bukan macamni gaya..betul tak..?

Step pertama,Log-in to router using admin account (http://192.168.1.1)
Username: tmadmin
Password: tmadmin
user/pass tu guna tmuser pun bole login,dua-dua sama je..

Seterusnya,Goto Wireless > Basic
Change the SSID to any prefered ID.(ini password utk anda sendiri)
Save/Apply.

Menggunakan default SSID oleh TM akan membiarkan seluruh dunia tahu bahawa anda menggunakan TM modem wayarles yang dibekalkan (contoh Riger DB108-WL) dan mudah bagi penggodam/hacker untuk mengenal pasti modem apa yang anda gunakan untuk cuba mengeksploitasi atau mengekses apa-apa maklumat peribadi anda melalui pelbagai bentuk.

Untuk part ini,..Goto Wireless > Security
> Change "Network Authentication" to WPA2-PSK.(utk device lama dan baru bole masuk,kalau WPA2,device lama tak leh log in atau tak support)

Click pada bahagian "WPA Pre-Shared Key".Gunakan kehebatan anda utk cipta password baru yang lebih rumit(jangan sampai sindri pun lupa)cth:@#kampret&*_i,password ini penting kalau nak login kat device lain cam hempon atau leppy..

Ok seterusnya "AES" for the "WPA Encryption"

Save/reboot PC anda.

Last step,tukar router login password utk tmadmin and tmuser sekali,
Remember the password. You will need it when login new device into the router page in future.

Save/Apply.> Finally "Save/Reboot"

semoga bermanfaat.

No comments: