Friday, October 21, 2011

Train


Assalamualaikum,..

Kereta panjang dengan banyak gerabak,berjalan atau meluncur atas landasan besi aku panggil keratapi laju punya.Setakat ni yang kena ingat sampai bila-bila ialah namanya yang pertama komuter,keduanya Monorel,ketiganya LRT dan ada banyak lagi yang aku rasa tak penting,tapi yang tiga ni penting buat aku dan isteri..ekekekeke.Ketiga-tiga menda ni mempunyai bentuk serupa dari segi fizikal tapi sebenarnya mempunyai laluan dan halatuju berbeza.Aku harini keletihan merayau Chow Kit sebab beli keperluan dapur dengan Omi dan Soki sepeti pucuk ubi,pucuk paku,daun pegaga dan juga lengkuas seringit setengah.
Gambar ni sekadar hiasan je dan aku tak jadi beli replika konsonan kat kedai apek tadi sebab aku ingat kira timbang sebab huruf konsonan ni diletak sebelah timbang digital,rupanya kira satu abjad Rm 0.60 sen,..jadi untuk mengelakkan kempunan sebelum aku masukkan dalam kotak balik semula,ini gambar aku simpan sebagai kenangan...sowi Apek kongkam,..wa tak jadi beli ini balang..pasal lu tak jual nombo,lu juan semua huruf saja..

2 comments:

Wazia Abdul Wahid said...

Kalau tak tak tau kl central, tak naik teksi, tak jumoa acey...hihihi

naftalena said...

Memangla...tangan i ni sampai semuten laa...apa pun thanks sebab memahami..ekekeke..