Showing posts with label Hari ini punya menu. Show all posts
Showing posts with label Hari ini punya menu. Show all posts
Tuesday, August 20, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Makanan Jin
Bagus untuk memanaskan badan,tapi diusia sekarang,eloklah dijarakkan menu sedemikian.Aku memang peminat setia benda ni tapi haruslah dimasak sendiri bagi mengekalkan kesegarannya.Bukan nak kata masakan warung tak sedap.tapi adalah lebih baik kalau citarasa kita sendiri yang mengolah resipi ini agar lancar masuk tekak,selamat mengetes..Jangan lupa sediakan pisau untuk mengongges..
Tomato
Chinese Selery
English selery
Onion
Shallots
Garlic
Ginger
Lemon Grass
5 spices
sup powder
Olive oil
Salt/Papper
Salt/Papper
Water
Labels:
Hari ini punya menu
Friday, December 21, 2012
Spagetti jawa..?
Tekak jawa memang wajar dibawa kemana-mana agar semua makanan asing dapat ditelan dengan jayanya.Puan realisaasikan menu Mama Nem mlm tadi,namun aku tak berapa nak selera sebab tak cukup bahan dalamtu,apa-apa..contact Puan utk resipi detail..
Carbonara bermaksud makanan laut,tambahkan udang,sotong atau apa jua sea food kecuali landak laut.
Bahan tumis macam biasa,tambah cili padi dan fresh mushroom slicess serta origano leave,kalau dapat yang fresh lagi bagus.
Didihkan air dulu baru masukkan mee tu,dalam 10-15 min dah cukup untuk lembutkan teksturnya.
Boleh cairkan kuah ni menggunakan air rebusan udang dan sotong tadi untuk keputusan lebih ummph..
Jangan lupa gunakanlah minyak zaitun atau minyak biji anggur ni untuk kebaikan seisi keluarga.Bukan nak promote tapi nak berkongsi faedah dan kebaikannya,almaklumlah kita ni takut nak gunakan benda yg pelik dan jarang diguna,boleh gogle khasiat dan kandungan mineral minyak biji anggur serta minyak zaitun.
Siap toskan dah buleh curah kuah tadi dan sedia utk dihidang,tapi kalau tekak jawa je tak heran,ini perut pun sama,kol 10 pm dah menggagau nak cari nasi..selamat mengetes.
Labels:
Hari ini punya menu
Tuesday, December 11, 2012
Home made Hot Plate
Banyak kelebihan kalau minat dan suka mencuba untuk masak sendiri hidangan utk keluarga.Secara tak langsung dapat mengawal sukatan kandungan gula,garam dan perasa dalam masakan utk kebaikan seisi keluarga.Bukan habit makan luar tak elok..apa salahnya sekali sekala tapi harus diingat..kita tak tahu banyak mana diorang bubuh bahan terlarang dalam setiap hidangan yang kita pesan.
Minyak masak tahun bila atau berapa banyak kali dah diguna,digunakan utk buat hidangan kita..betullah itu cara org berniaga,setiap gram bahan adalah kos.Dulu masa buka kedai makan aku ada menu hot plate,lama tak buat benda ni,nasib baik plate besi tu masih ada.Menu simple dan cukup khasiat utk diet kita,yg penting rendah kalori.
Ada banyak faktor satu hidangan sihat tu boleh jadi hidangan beracun kalau kurang teliti dalam pemilihan bahan.Nak menu masakan ni bole request tuan tanah kat bawah komen,tak pon google je lagi senang..sebab hari ni tak de mood nak tulis menu.Jom ngetes.
Labels:
Hari ini punya menu,
Senyum Kambing
Thursday, December 6, 2012
Steam Boat
Steam boat kali ni berlainan gaya dari yang biasa kerana pakej buffet yang ditawarkan.Makan sampai Muntah tak habis rm 20 satu kepala,so next time kitaorg datang lagi.Tapi awas..kedai ni ada taktik tersendiri dalam buffet area,ada disediakan mee goreng,nasi lemak,salad dan pelbagai hidangan berat.Kalau silap percaturan dengan makan makanan berat dulu..maka kita memang tak larat nak layan steam boatnya,segala macam air termasuk cold drink atau minuman bergas juga disediakan.Kami memang tak layan semua tu sebab nak fokus kat steam boat sahaja,jadi memang dapat makan banyak..!
Ini cendawan "citake"mahal harganya dan kat buffet area pun sikit je tokeh letak..lambat top up pulak tu...sapa cepat dia sebat dulu..dahlah beratur nak tunggu turn right..
Daging ada bermacam perisa,black papper,kunyit,satay dan apa lagi akutak sempat nak kaji.Oleh kerana tokeh kedai ni pemalas,maka kami terpaksa masak sendiri daging ni.
Seafood macam biasa,cuma anak ketam tu tak sewajarnya diletak kat buffet area kerana masih kanak-kanak usia ketam tu ,mana ada isi.kasi update bro for the next time..!
Labels:
Hari ini punya menu,
Kembara,
Senyum Kambing
Tuesday, October 30, 2012
Daging salai masak kicap berempah
Menu malam ni utk mak Buyung ialah daging lembu masak kicap berempah.Bahan macam biasa,daging segar,atau boleh juga gunakan daging korban yang memenuhkan peti sejuk tu.Daging tadi yang telah digaul dengan rempah sup hendaklah disalai atau goreng pun boleh.Setelah siap goreng barulah dipotong slicess mengikut kemampuan anda.Bahan rempah asas ialah bahan yang kita gunakan utk masak kicap cuma tambah oyster sauce dan sedikit plum sauce.Selamat mengetes..!Jom santap..
Labels:
Hari ini punya menu
Wednesday, September 12, 2012
Jamuan untuk rakan dan taulan
Alhamdulillah selesai sudah acara tahunan yang biasa kami adakan setiap tahun dan tahun ini adalah tahun ke 7 sebab tahun lepas tak sempat nak buat.Bila tak buat mulalah sediakan jawapan atas soalan yg diajukan,bila dah buat ni barulah lapang kepala.Walaupun kami sebenarnya kekurangan Man Power,tapi Allah dah restu dan majlis berjalan lancar seperti tahun-tahun sudah..tak sempat nak shoot gambar time org datang jek sebab terpaksa jadi cipan kesana kemari..seronok layan tetamu nih dan kami tutup awal sekitar jam 7 mlm.Dua tahun sudah,jam 11 mlm pun masih ada tetamu...perghh..mengalahkan buat kenduri kahwin dan akibatnya kami sekeluarga terbongkang selama kira-kira dua hari...
Terkilan rasa sebab tak teringat nak jemput sahabat dari madrasah tahfiz tu..dah habis majlis baru datang ilham...insyaallah tahun hadapan ada rezeki kami tak akan lupa.
Terkilan rasa sebab tak teringat nak jemput sahabat dari madrasah tahfiz tu..dah habis majlis baru datang ilham...insyaallah tahun hadapan ada rezeki kami tak akan lupa.
Killer menu
Gear box ni aku masak sampai pukul 3 pagi,namun..tulangnya tetap tak nak lembut..
Group SFSB
Thanks Jumi dan Aneem jadi tetamu first kami,..aku dan puan belum mandi dan tukar pakaian lagi masa ni..apa-apa pun terima kasih dari kami sekeluarga.
Labels:
Hari ini punya menu,
Senyum Kambing
Thursday, August 9, 2012
Ramadhan Al Mubarak
Dah nak dekat Raya baru ada "sun" nak update blog ni memandangkan masa dah makin suntuk.Macam biasa Ramadhan tahun ni adalah lebih baik dari tahun-tahun yang sudah kerana aku jarang menyempatkan diri ke bazar makanannya...oleh kerana itu,maka berbuka dirumah bersama keluarga adalah paling afdhal.
Labels:
cemilan station,
Hari ini punya menu,
Senyum Kambing
Sunday, July 8, 2012
Friday, March 30, 2012
western dinner
Malam ni dinner kat rumah dengan family tersayang.Makanan omputeh mlm nih..mulut gatal tengok lamb chop kat giant siang tadi,sambar 2 keping bakar kat rumah..rasa lain macam pulak bila tak makan nasi padahal perut kenyang sudah..macamtulah gamaknya kalau omputeh makan nasi kot..macam ada yang tak lengkap jek...jom santap..Bismillah..
Labels:
Hari ini punya menu
Thursday, March 29, 2012
Siakap Bakar sambal
Untuk budjet 2013,makan bersama keluarga dirumah adalah paling digalakkan,aku Lara bukan PM kata.So menu arini ialah siakap Bakar sambal nasi lemak..sebab apa..?sambal nasi lemak tu bli kat akak yg jual breakfast pepagi tu..tak yah sesusah nak buat sambal Tumis..balik je trus marinate siakap anggaran 400gm ngan sambal tadi,wrap dgn daun pisang/aluminium foil,masuk oven 180*C 15/20 min..ni hasilnya..selamat mengetes...!


- Posted from my iPhone
- Posted from my iPhone
Labels:
Hari ini punya menu
Saturday, March 24, 2012
Kg Melayu Majidee
Malam semalam ubah selera makan malam kat Kg Melayu Majidee.Aku bertolak dalam pukul 6 dan sampai lebih kurang sejam setengah kemudian.Nak cari kelainan sate Kambing selain sate yang ada kat Sri Medan.Harga dan kos kesana memang agak mahal tapi rasa dan kepuasan yang membuatkan kita kurang berkira.Petang ni kalau tak de aral kita akan ke Sabak Awor sekali lagi untuk jenguk seafood kat sana pula..jom..kena cas bateri kamera nihh..!
Labels:
Hari ini punya menu,
Senyum Kambing
Friday, March 9, 2012
Asam Pedas time
Labels:
Hari ini punya menu,
Senyum Kambing
Tuesday, March 6, 2012
Aiskrim
Nampak dari jauh mcm tak tahan nak singgah,bila dah singgah cam biasa je,cuma tempat agak selesa dan menarik..tak payah turun sampai Nilai nak masuk ice room..batu pahat dah ada weii..




- Posted from my iPhone
- Posted from my iPhone
Labels:
Hari ini punya menu,
Senyum Kambing
Sunday, March 4, 2012
Sup Ayam kampung
Aku masak sup Aym kampung ke siang tadi,dah dekat seminggu tak pekena Aym kpung rasa ketagih,..siap menggigil bila tak makan Aym kampung.sekarang ni ada sikit payah nak dapat yang ori sebab yg kacuk melambak kat pasar,So kena pandai carilah..ada sesiapa kaki Aym kampung kat luar sana pasti ada tune sama macam aku..selagi tak dapat hati tak tenang....


- Posted from my iPhone
- Posted from my iPhone
Labels:
Hari ini punya menu
Subscribe to:
Posts (Atom)














