Monday, April 5, 2010
Cepat dan pantas masa berlalu..
Assalamualaikum..,
Harini aktiviti harian banyak dihabiskan bersama keluarga sambil mengunjungi kedua orang tua kami di kampung.Lepas balik rumah bapak,sebelah petang aku terus kerumah mak mertua kat kampung sebelah.Omi pegi urut dalam sejam aku pulak check kebun durian abah kat seberang jalan tadi,alhamdulilah ada 3 biji rezeki Allah bagi.Jumpa wak karto masa dok mengintai celah-celah semak kat kebun durian tu.Sembang punya sembang tak perasan pulak rokok dah tinggal kotak je...sangap beb..
Biasalah bila berbual dengan orang tua,macam-macam petua dapat dikongsi disamping cerita masa silam yang melucukan.Pernah satu ketika isteri wak ni baru melahirkan anak sulung,waktu tu dalam tahun 1970an,aku pun belum lahir..rumah sentiasa dikunjungi sanak saudara silih berganti.Nak dijadikan petua dalam cerita,wak karto ni tanya aku macamana nak didihkan air dalam ceret dengan sekelip mata...pergh..pakai magic la aku jawab..wak karto teruskan cerita sambil menyedut rokok daun kat mulutnya,aku cuma tahan sebak je sebab rokok aku dah habiss..senang je katanya.Bila ramai tetamu,orang zaman dulu tak akan sediakan air sejuk sebab nanti tetamu tu balik cepat,para malaikat rahmat pun cepat juga beredar.So nak buat para malaikat Rahmat lepak lelama kat rumah kita kenalah kawal tetamu supaya jangan lekas balik..aku pun baru tahu ni.Moral of the story,jangan halau tetamu anda kerana tetamu membawa para malaikat rahmat bersama kerumah anda..!
Masukkan satu atau dua sudu gula pasir kedalam air yang nak direbus tadi.Menurut sains,air yang mengandungi paras gula lebih cepat didih dari air kosong biasa.Aku terus test kat rumah dengan mengambil masa dua kaeadah mendidihkan air ni.Hasil eksperimen aku mendapati,air yang bergula didih lebih cepat 10 minit(mengikut cerek dan jumlah liter isipadu air)mendidih dari air paip biasa tanpa kandungan gula.Cerek air aku mempunyai isipadu 2 liter dengan setiap isian penuh,kalau anda ada cerek lebih besar isipadu airnya, korang test sendiri.
Kat rumah biasanya kita merungut bila gula dalam balang dipenuhi sang semut,lelagi semut halus..nak elakkan semut tu dari menjajah balang gula kita,letakkan beberapa ketul cengkih dalam balang tadi dan insyaallah gula berbau wangi,semut pun tak nak dekat.Terima kasih Wak Karto Kermowijoyo..
Itu dari Wak Karto,ni ada satu petua yang aku amalkan sejak dari zaman dulu lagi.Untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kereta dan dalam peti sejuk ialah dengan meletakkan seketul arang sebesar penumbuk kedalam dua benda ni.Kalau kereta tempat paling sesuai ialah dibawah tempat duduk hadapan,kalau peti sejuk pula ikut suka andalah kecuali kat bahagian freez..ok selamat mengetes..!
Dulu aku paling jaki bila tenguk ada daki pada puting botol susu anak aku,dah cuba rebus sampai setengah hari pun masih tak hilang..rupa-rupanya cara merebus tu dah betul,tapi perlu tambah sedikit garam dalam air panas tadi dalam sesudu dan biarkan beberapa minit.hasilnya daki hilang dan bau masam pun hilang,tak perlu guna Febreez..!selamat mencuba.
Labels:
Bicara Ilmu,
Senyum Kambing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
petua org tua2 jgn d perlekeh banyak membantu...semua tu bukan sekadar logik tetapi saintifik...
Post a Comment