Friday, April 23, 2010

Khutbah Jumaat ,23 Apr 2010

Assalamualaikum..

Hari ini aku lewat sampai masjid seri medan sebab terlelap.Tengok jam dah pukul 1pm,solah Jumaat pukul 1.10pm.Siap wudhuk aku terus cargas ke masjid.Tajuk khutbah hari ni membuatkan aku banyak berfikir mengenai setiap amalan yang kita lakukan akan bersangkut paut dengan harta yang kita belanjakan.Sumber utama dari harta kita adalah punca segala-gala permasalahan yang bakal kita tanggung.Hampir 99 peratus kita mendapatkan harta yang bakal dibelanjakan untuk diri dan keluarga serta jalan kebajikan adalah berpunca dari wang Riba.Selain Riba,harta kita juga bercampur dengan harta syubahat.Aku hanya nak menasihati diri serta keluargaku dengan permasalahan yang mungkin kita kurang peka,atau buat-buat tak tahu sebab sayang dengan harta yang datang melimpah ruah.Dari mana dan bagaimana harta itu datang biasanya kita kurang ambil perhatian.Sampai satu peringkat...,
aku tak dapat nak fikir kenapa dan bagaimana kita sebenarnya banyak menjelumuskan diri kearah itu.
Rumah yang aku beli,kereta yang aku pandu semua ada unsur Riba..Berbelanja dengan orang kafir padahal ada orang muslim disitu yang menjual barangan sama juga kita sebenarnya telah bersyubahat.Pokok pangkalnya kita perlu berusaha agar dapat berubah sedikit demi sedikit kearah jalan yang lurus dan diredhai.Ada sedikit ilmu perlulah kita gunakan berbanding banyak ilmu namun satu pun kita tak gunakan.
Aku suka nak nasihatkan keluargaku yang utama agar setiap detik perubahan kearah kebenaran merupakan titik pengorbanan yang begitu menyakitkan,namun kita tak akan kesakitan di akhirat kelak.Selalulah kita beristighfar dan memohon ampun atas segala kesalahan kita pada Allah dan berusaha menghindar dari melakukannya sekali lagi.Setiap sen dari harta syubahat dan Riba tak akan diterima Allah malah makin memarakkan lagi api neraka.Ketahuilah wahai sahabat,kita terhimpit dengan keadaan namun tak bermakna kita tak perlu berubah.Semoga kita berjaya mencari apa yang dipanggil harta yang Halal lagi Toyyibah.
Wassalam..

No comments: