Saturday, April 17, 2010

Zonjuly ialah Blog Aku yang santai dan damai...

Assalamualaikum...

Aku suka nak bagi tahu kepada para pembaca atau tetamu blog aku ni terima kasih atas kesudian anda melawat blog aku...terima kasih sekali lagi.Blog ni aku tubuhkan pada bulan kelahiran aku dan berkonsepkan santai dan lagi sesuka hati aku dan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama.Aku tak de niat nak menyakiti hati mana-mana pihak kedua sampai pihak kesepuluh.Blog aku ni juga bukan tempat atau gelanggang perdebatan politik sebagaimana blog-blog lain.Kepada encik Bajan,tempurungkelapa,pasirduabutir dan beberapa pengunjung yang lain yang telah aku delete komennya haraf maaf..sebab komen anda sebenarnya kurang sesuai dan bakal mengundang kemarahan pengunjung lain.Penggunaan kata-kata kesat dilarang sama sekali,apalagi melaga-lagakan pihak ketiga dan pihak kelapan belas.Aku sedar aku tak pandai menulis tapi semua yang aku tulis adalah atas dasar keikhlasan dan bukan nak menyakitkan hati mana-mana pihak.
Zonjuly adalah satu blog yang telus dan ikhlas dan bukan blog budak jahat.Segala rialiti dan fantasi dalam blog ni adalah ilusi dan imiginasi aku sendiri.Sekiranya ada artikel yang aku cedok dari blog lain akan aku tulis pada akhir kalam siapa pengarang atau sumber asalnya.Aku bukan perembat artikel orang dan aku juga telah pastikan segala artikel aku dalam zonjuly tidak boleh dicopy paste sesuka hati korang.Janganlah ada antara kita menganggap blog sebagai tempat melepaskan geram atas kesalahan orang lain,buruk akibatnya.Janganlah ada pihak-pihak yang tak berpihak pada mana-mana pihak merosakkan hasil seni aku sebagaimana yang pernah korang rosakkan dalam post aku kat teranungkite,marhain dan banyak lagi.Aku dah lupakan kisah silam tu ok.
Kepada para pembaca budiman,thank's sekali lagi kerana
jadikan blog santai aku sebagai warong untuk menikmati santapan minda.
En Bajan dan beberapa orang yang tak berani letak link bila buat komen...udah-udahla tu merosakkan blog orang sana sini..korang ni kalu nak jadi pengkritik haruslah jujur dan berani..ini tidak,guna bahasa yang tak sedap dan memalukan.Aku anak jawa yang kaya dengan budi bahasa..makanan kegemaran aku ialah sambal tumis ikan bilis yang isteri aku buat..itu korang jangan lupa ok..!
Ok next update aku ialah pasar minggu Parit Sulong...tungguu...
Wassalam..

No comments: