Sunday, April 25, 2010

Allahyarhamah Sarjan Dahlia.

Assalamualaikum..

Sabtu semalam aku dikejutkan dengan deringan telefon jam 2.30 pagi,seorang makcik di Ampang meninggal dunia akibat barah.Beliau bertahan selama hampir 7 tahun selepas tamat menjalani rawatan termasuk kimo therapy,tapi akhirnya menyerah dengan panggilan ilahi.Meninggalkan suami dan 2 orang anak.Aku bergegas ke Bukit Belacan seawal jam 8.30 pagi dan sampai 3 jam setengah kemudian.Selesai menyembahyangkan mayat dan pengkebumian...,
aku bertolak semula ke batu pahat.
Semoga cik Yunos tabah menghadapi situasi getir dan redha dengan ujian Allah yang sungguh berat ini.Segala usaha yang dilakukan semasa berubat adalah ikhtiar kita,tapi Allah mengakhiri semua ini dengan kadar segera.Kalau berat situasi di KL,baliklah ke sini kerana ada tugas yang penting perlu dilaksanakan.Apa-apa pun keputusan adalah yang terbaik untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja.
Wassalam.

1 comment:

MAWAR PINK said...

Semuga rohnye dicucuri rahmat.....Al Fatihah............