Friday, April 16, 2010

Belambak cerita Hantu kat TV.


Assalamualaikum..

Pagi tadi anak aku terjaga seawal pukul 5 pagi sampai siang tak dapat tidur,kesian shukrey.Bukan apa,malam tadi tengok cerita hantu kat TV, malam tu termimpi lah budak tu.Nak dilarang nanti mengamuk sebab dia suka dengan cerita hantu,tapi penakut..!aku nak komen secara peribadi kat stesen tv kita ni..dah mula balik dah siarkan cerita yang takde unsur berfaeadah untuk tatapan umum..dahlah tu waktu siaran time anak-anak belum tido...buatlah tayangan larut malam kalau nak expose sangat cerita hantu melayu ni bagus banget..!zaman aku kecik dulu kalau cerita hantu mesti main time larut malam,tapi zaman ni stesen tv dah naik lemak..kalau tak dipenuhkan dengan program hiburan..berita politik,kalau tak pun program yang dicedok dari stesen tv luar...ha ni dah start nak penuhkan siaran dengan cerita mengarut yang berunsur hantu.Apa yang melemahkan urat sendi aku ialah tayangan cerita hantu ni mesti kena tayangkan pada malam jumaat penuh rahmat.Aku kurang fahamlah kenapa..?sedangkan pada malam jumaat nilah sepatutnya stesen tv perlu memenuhkan slot tayangan berunsur ilmu hingga habis waktu perdana,lepas waktu tu nak main cerita vampire ke,hantu raya ke,hantu pelesit ke terpulanglah..kalau nak dikira hanya beberapa % sahaja siaran berunsur ilmu ditayangkan kat tv,dahlah tu waktu siaran kurang menepati sasaran,time orang sebuk nak pegi kerjalah dia buat tayangan,sapa nak tengok..?itu pun aku rasa sebab nak penuhi syarat supaya bila orang tanya atau komen pasal stesen tv,so diorang boleh kata ...ada...kita dah sediakan slot untuk program ilmu yang mana orang payah nak tenguk.Mungkin program ilmiah ni kurang memaparkan aksi,itu sebab mereka anggap program tu kurang sambutan.Bagi aku ada sambutan atau tak bukan persoalan,apa yang penting siaran berbentuk ilmiah atau berunsur nasihat perlu diperbanyakkan kerana rata-rata penduduk malaysia ni dah tak tahu ada program ilmu kat tv,yang dia orang tahu buka tv je mesti nak tengok mentorlah,amarikan idol,..muzik-muzik..dan cerita hantu.Inikah stesen tv yang bakal dijadikan teraju untuk umat akan datang.Apa nak suruh rakyat malaysia yang tak tahu disco atau tempat hiburan,menjadikan tv sebagai pilihan kedua..Bagaimana nasib anak cucu atau generasi selepas kita nanti?Sekali lagi aku memang tak selesa dengan waktu tayangan program ilmiah dengan program hiburan.. Kalau tang siaran berunsur hiburan, masa tayangan pandai pulak pilih..apa nak jadi lah Malaysia hari ini..

P/s:Ini adalah komen peribadi dalam blog aku sendiri dan bukan berniat menghasut mana-mana pihak.Luahan hati dan ketidak puashatian adalah hak individu selain menyatakannya melalui contengan pada kertas undi.

2 comments:

Empayar Digital said...

fadhilah kamsah pun ada cakap.. kita bayar untuk jadi takut.. kita bayar untuk sedih..
dia cakap pegi nengok wayang bayar sampai RM10 lepas tu sampai dalam terjerit2 dah menyorok sbb takut..
lepas tu satu lagi, kita bayar sampai RM10 untuk mengeluarkan air mata dan jadi susah hati sebab ngk cerita sedih.. kan pelik tu? wallah hualam...

naftalena said...

Aku setuju banget..masalah nya nanti nak buat satu kerja pun tak boleh..nak pegi sekolah takut sampai kencing dalam slua sebab takut kat tandas ada hantu...kat rumah pulak kita dok eskot kemana-mana sampai bapak ngan ominya nak mandi pun terpaksa ikut turn...hahahaha...ntak berapa minggu la pulak anak aku nak ok ni..