Wednesday, February 3, 2010

Botani Part 2



Assalamualaikum..
Taman Tasik Botani Negeri Johor yang aku dok lepak selalu ni memang best lah bagi orang luar,kalau aku pulak dah jemu pun terpaksa juga lepak kat sini tenangkan fikiran..tambahan lagi dekat dengan rumah aku,ke duanya free tak payah bayar,ke tiganya anak aku dengan isteri aku pun suka lepak sini petang-petang..dulunya masa aku zaman sekolah..kawasan ni memang tak terurus mungkin sebab kawasan tu tak ada potensi untuk diketengahkan,sehinggalah pada tahun 2008 kawasan yang asalnya bekas lombong bijih besi ini diambil alih dan dikawal selia oleh pihak kerajaan Negeri sebagai taman rekriasi merangkap tapak semaian lanskap bagi seluruh negeri Johor.Ada masa kalau turun Batu Pahat marilah singgah ke sini sapa tahu dapat memberi anda satu ketenangan yang tidak terdapat di tempat lain..
Taman tasik Botani ni terbahagi kepada dua buah tasik,satu tasik dibahagian bawah dan satu lagi tasik terletak di bahagian atas sekali tetapi jarak antara kedua tasik ini hanyalah kira-kira 70 meter sahaja.Bahagian tasik paling atas diberi gelaran tasik Biru oleh penduduk setempat kerana kedalaman tasik ini mencecah sehingga 300 meter dari aras laut.Menurut sumber,kawasan seri medan terkenal dengan pengeluaran bijih besi berkualiti tinggi seatu masa dahulu selain terkenal terkenal dengan panggilan pekan terapung...(sebab selalu kena banjir daaa..)sekarang tak lagi..
Gambar ni aku shoot dikawasan tasik biru..oklah jangan lupa turun tasik petang ni...


4 comments:

jbfresco said...

wah..x penah ajak pon,..lama x pi sini sejak abis sekolah hgga la skg..dah canti tpt aku mancing ni ye..blk ni nak pi lah..boleh mancing x

naftalena said...

Tima kasih mak kecik singgah...tasik ni buleh memancing tapi kena mintak kebenaran aku dulu..takut gangguan penunggu tasik..

Empayar Digital said...

aku kok dak pernah lungo kene? piye ki baru iki aku tau tasik wes apik saiki..

Panglima Khalid Al-Walid said...

Mbiyen aku karu "Mambera"slalu merene..belajar ngerokok...huhuhu..