Monday, December 14, 2009
Melaka and singapore
Wak Atan
Salam..
Hari sabtu semalam dalam pukul 3 aku gerak ke melaka sebab ada jemputan kahwin di rumah Cik Nap,Punyalah jauh sebab ikut map yg di sertakan pada bahagian belakang kad jemputan.Aku turun tol Ayer keroh dan kearahMasjid tanah..rupa-nya bila dah sampai,kawasan rumah pengantin berada di kawasan Tol simpang Ampat,balik tu aku guna plazza tol simpang Ampat je untuk cepat sampai BP.Sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam dan terus balik rumah Mak.Esok paginya pukul 4am aku kena gerak ke singapura.Malas nak berasak-asak kat tambak Johor.Parking kereta kat Larkin terus ambik bas 170 ke Woodlands.Dari Woodlands aku naik LRT menuju Sembawang..dan uruskan satu projek yg menjanjikan pulangan dalam bentuk RM.Sambil lepak tunggu sahabat di The Sun Plazza,aku tumpang duduk kat dalam McD sebab kat luar cuaca agak panas.Takut nak order makan kerana tak nampak pun logo halal kat depan..so aku order air je lah.Sampai je order kat meja,sahabat pun sampai.Selesai lebik kurang pukul 1pm.Ingatkan nak jenjalan ngan Omi round Singapura tapi masa macam tak cukup, so aku ambil keputusan untuk ziarah rumah Makcik Kat Kawasan Marsiling.Dapat satu rumah je..ikutkan ada 5,6 rumah nak pergi macam kat Toa Payoh,Bedok,Tampinis,Ang Mo Kio,Cleminti dan Jurong...tapi dah pukul 3pm,adalah lebih baik aku balik je BP yg memakan masa 2 1/2 jam perjalanan menaiki kereta.Nex time aku kena ambil masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk habiskan ziarah keluarga belah arwah Mak dan belah Bapak kat singapura.Sure bila yg lain tahu aku lepak rumah wak Esah,mereka akan menelefok aku kenapa tak singgah....adalah lebih baik aku mematikan h/p barang sehari dua...hahahaha..Tukaran RM kepada SD boleh tahan tinggi juga..
Kawasan perumahan di Singapura memberi kemudahan kepada penduduknya menggunakan kemudahan awam seperti bas dan LRT.Semua station LRT berada di bahagian belakang blog rumah mereka,jadi senang nak terus menuju berbanding kalau kita guna kereta sendiri..memang sesat punyalah.Macam Penang,jalan dan papan tanda berselirat bagi orang luar macam aku.Apa lagi kalau kita baru first time travel....nasib baik aku dah study dulu jalan kat sana masa first travel dulu..itu pun terpusing-pusing dekat setengah jam kat kawasan kilang sebab nak car tesco extra seberang jaya.,berbanding singapura kita boleh terus memuju destinasi tanpa bingung dengan signboard yg diletak di mana-mana.Oklah tunggu poast aku yg lain kalau ada yg best.
Wassalam..
Melaka
Anak Abg Rahim
Abg Rahim
Abg Samad,Omi,Kak Bik,Wak Esak
Wak Atan
Tunggu Train 9.30am
Subuhan di tol skudai
Labels:
Kembara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment