Sunday, May 30, 2010
Lighting Art
Assalamualaikum..
Baru balik dari Terengganu petang tadi,ini merupakan update aku setelah lama aku tak menjengguk blog ni.Pantai timur sekarang ni hampir musim tengkujuh dan menandakan musim mencandat sotong akan berakhir.Laut mula bergelora tanpa peduli siapa pengunjung yang hadir.Aku banyak habiskan masa dikawasan perkampungan Menggabang.Suasana kampung disana sama dengan suasana kampung aku sekitar tahun 1980an..cuma aku bukan nelayan macam mereka..80% struktur binaan disana masih lagi style 80an...kampung tu memang indah dan sungguh nostalgia.Tapi konsep moden pun ada cuma tak banyak.Kalau kat over sea ada musim sejuk dan semua penduduk akan melepak selama 3-4 bulan...kat sana kalau musim tengkujuh dan laut bergelora...mereka pun akan melepak macamtu juga.Tapi aktiviti ekonomi tetap berjalan seperti biasa kerana sebelum musim tengkujuh mereka akan simpan stok untuk kegunaan 3-4 bulan.Mereka ada cara mereka untuk mengekalkan kestabilan ekonomi diorang walaupun kita nampak mereka selalu main dam kat warung..sekarang baru aku faham mereka memang mempunyai perancangan dan ketepatan dalam hal ekonomi diorang.
foto ni tak de kena mengena pun dengan masyarakat kat sana cuma foto ni diambil di Terengganu...waktu malam kat bawah pokok sena depan chalet tempat aku berkampung.InsyaAllah next update kita selongkar pulak negeri Terengganu...Wassalam..
Labels:
Finepix s7000 cybershoot 1/10000
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment