Friday, December 11, 2009

Finally aku dapat juga..

Salam,
Hari ni satu hari suntuk aku terpaksa jadi si pengemis waktu untuk dapatkan dua keping passport.Bangun seawal jam 4.30am,sampai di pejabat 'imigresen' Batu pahat selesai 'subuhan' lebih kurang jam 6am.Program seterusnya ialah beratur beramai-ramai diluar pagar lebih kurang 1 jam.Acara lumba lari 113m dari luar pagar munuju pintu masuk pejabat di menangi oleh keturunan Kong Keek Kuat.Aku dan omi serta peserta berstatus 'BIN'terpaksa menerima kekalahan yg sungguh mengerikan...Lah ingatkan terus dapat hadiah...rupanya kena beratur sekali lagi sementara menunggu pintu pejabat pada jam 7.40am.Ilmu 'perselitan'yang pernah aku pelajari waktu zaman 'Pati Geni'dulu terpaksa aku gunakan kerana peserta tidak mengikut peraturan yg ditetapkan.Apa taknya..mereka yang sampai seawal jam 5am dan beratur pada tempat pertama diluar pintu pagar,akhirnya berada 'dirangking'ke 143 Daearah,..bukan Dunia..yg warga emas aku kesian...mana larat mereka nak lumba lari macam tu...Bila tepat jam 7.40am..pintu pejabat pun dibuka aku pun membaca mentera 'selit melilit tak tersepit'yang aku ceritakan tadi...dapat juga aku nombor giliran yg ke-49,ok la tu...Pertandingan beratur ditepi cermin disambung semula sampi nama aku dan omi dipanggil.Walaupun aku ngan omi tak menang pertandingan tu,pukul tiga petang aku berdua dijemput hadir semula untuk memberi keterangan dan menerima cenderamata.
wassalam.
Nombor giliran
Inilah keputusannya
Ini aku tak berapa faham kenapa gambar ni boleh ada kat sini.

No comments: