Wednesday, December 9, 2009

Ku cari damai dihati

Assalamualaikum..
Semua manusia dijadikan Tuhan sama tapi tak serupa.Ada yang baik,ada juga yg jahat.Ada yang cantik,ada juga yang tak berapa cantik.Semua kejadian Tuhan diciptakan berpasangan dan berlawanan,malah ada ciptaan Tuhan yang kita terlepas pandang kerana kejadiannya tersangatlah kecil.Manusia ni biasanya hanya nampak benda yg besar didepan mata.Hasil 'rayapan' aku tempohari,ada beberapa makhluk yg cantik dan indah yg mungkin kita terlepas pandang.Antaranya termasuklah spesis pokok sebesar cacing kerawit yg sempat aku rakamkan gambarnya...tersenyum simpul pokok tu bila dapat tahu aku uploadkan gambarnya dalam blogspot aku..




Lepas tu spesis bunga yg pada aku nampak 'hemsem'tak taulah kalau tak cantik ..jangan salahkan aku sebab bukan aku yg buat..ada sesapa tahu bunga apa ni..?Bila bungani dah gugur,hasilnya akan keluar putik buah dan bila besar jadilah buah Markisa..subhanallah..





Waktu aku lepak-lepak kat dalam taman tu,tak perasan pulak aku sebenarnya dah terduduk diatas sebuah Villa milik makhluk Allah juga.Macamana dan berapa lama agaknya masa yang diambil untuk menyiapkan sebuah villa 'sepesen' ini...Anggaran kos dan siapa pula pelukis pelannya...ntahlah...tapi aku seronok dan bersyukur dapat melihat semua kejadian tuhan tanpa cacat cela..

No comments: