Friday, December 18, 2009

Mayumi Itsuwa-Ribaibaru

Assalamualaikum, Berikut adalah ramalan cuaca bagi kawasan seri Medan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Pada jam 8.20pm tadi,hujan telah turun dengan lebatnya mengakibatkan aku termenung kat tingkap rumah bapak menyaksikan aksi hujan.Dijangka hujan akan berlanjutan hingga jam 10 malam,tapi telah berhenti pada jam 9.30 malam...apa boleh buat...aku cuma meramal.. Siang tadi dok godeh uncle google cari lagu favurote aku masa lalu,akhirnya dapat jugak..ni tengah layan lagu minah jepon ni sampai aku jemu sok lusa tak main lagi..sesapa nak "berkira ok"pun aku tak kisah..janji tak nyusahkan aku.Sesapa tension pon leh layan lagu jiwang karat ni..kalau tak faham maksudnya aku leh terangkan sikit-sikit,tapi lebih baik tak payah sebab aku tak nak nanti ada yang bersedih..bukan pasal apa,pasal aku sendiri pun tak faham apa sebenarnya minah ni nak sampaikan..yang aku tahu muziknya mampu menenangkan fikiran yang masai..(sepupu ngan kusut)Punyalah kemaruk sampai kat FB pun aku kasi load...Tak de orang marah kan.. Esok petang nak sattle kerja-kerja taknikal berkaitan signboard kedai baru aku ni...peningla mana nak buat dulu...semua penting..apa-apa aku tawakal je..harap dapat siap sebelun pertengahan Januari ni..Berbalik pasal minah jepun ni...namanya Mayumi Itsuwa lahir kat Jepon pada Jan 24 1951.Minah ni start debut dalam tahun 1972 gitu lah..dan digelar "Carol King of Japan"pasal album yang memuatkan lagu "Ribaibaru"ni meletop..!Masa aku dalam form 2,3 dah start dengar lagu ni siap main lagu ni kalau jumpa gang Jaming dulu.. Baru sekejap tadi aku dapat sarikata nya dalam bahasa melayu...lawak pulak bunyinya..

REVIVAL Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah Seperti panahan kilat di waktu musim panas dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih Ah……Beginilah hatiku membakar dan kini menjadi warna debu revival. Ah….. hanya terbayang kisah dahulu Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai Saat terakhir hanya bergelinangan air mata Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival Ah….hanya tebayang kisah dahulu Esok mungkin berulang kembali….

Gasak kau lah Jepun...janji aku dengar sedap...Tapi..jangan pulak ada yang nyanyi lagu ni dalam bahasa melayu pulak...Cioooossss... Nice song to enjoy after a long hard day at work !!!

No comments: