Assalamualaikum..
Selamat berpuasa kepada umat Islam seluruh dunia.Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat melangkah ke fasa ke tiga dalam melakukan ibadah puasa.Cubalah perhati sejauh mana puasa kita disisi Allah,adakan sekadar menunaikan kewajiban,atau berjaya mengusir dan meleraikan kekusutan yang payah dirungkai.Adakah kita berjaya memotivasikan nafsu serakah agar tunduk pada ketentuan yang allah beri pada akal..?Adakah puasa kita masih pada tahap satu yang mana kita hanya mendapat lapar dan dahaga...cuma agak terlebih seronok menyambut aidilfitri nanti...
Aku makin jadi renggang dengan zonjuly akibat sistem masa tetap tidak berubah dari 24 jam sehari..tapi dikesempatan yang ada ini aku secara paksa menasihati diriku agar jadi makhluk yang Allah pandang dan bukan jadi makhluk yang dipandang oleh manusia ...Semoga Allah memberi kami sekeluarga kekuatan menghadapi manusia-manusia yang merasakan dialah paling baik dan mulia hingga memaki,menghina sesama manusia.Mungkin dia merasakan dialah yang paling layak dikurniakan kepandaian,kemewahan dan kehebatan berbanding orang lain.Semoga allah beri peluang kepada kami sekeluarga untuk menyaksikan kesudahan episod tayangan gambar melayu ini sampai keakhirnya.
No comments:
Post a Comment