Wednesday, July 21, 2010

Mee Ketam


Assalamualaikum..

Restauran ni aku rasa kalau pelanggan luar datang pasti mereka akan kata,patutlah nama dia "bubuh"cuba rasa...pas ni pelanggan tak "mai"lagi.Tempat memang ok lah kot,tapi tang menu pula yang aku tak gemar.Mungkin tak kena pada tekak Jawa aku kot.isteri aku dok mengorder mee Ketam,aku pulak Nasi goreng Udang..hasilnya tekak kami mengatakan "Tidak"lokasi tu korang cari sendiri lah ye kat area Kulim tu.Aku takut kang orang kata aku "kondem"Restauran ni bukan apa,lokasi dan bangunan dah ok,tapi aku tak tahu kenapa..tang makanan dan airnya tak memenuhi tekak aku..Fresh Oren jadi air oren kordial....tengok warna je dah tahu...hampeh..!
nasi goreng aku tu dapat udang 2 ekor je..rasa pulak tu aku susah nak explain..mee ketam tu boleh dipanggil mee tomato kot..apa-apa pun aku kasi 2 bintang saguhati kat restauran ni sebab aku kebuluran masa tu..
Aku bukan niat nak kasi down business orang tapi komen aku ni cuma nak restauran tu berubah atau mengubah gaya masakan agar lebih baik dari yang sedia ada.variasi masakan itu amat penting supaya pelanggan bebas membuat pilihan.Sebagai contoh sekiranya sebuah restauran tu hanya ingin memperkenalkan satu jenis menu sahaja,menu tersebut haruslah benar-benar sempurna dan lazat.Kalau di Johor ni banyak restauran yang menggunakan taktik begitu seperti Ahmad Shah Biriyani,Ali Asam Pedas dan banyak lagi.
Semoga lain masa kalau aku singgah restauran tu akan ada banyak perubahan yang memberangsangkan.

No comments: