Tuesday, July 6, 2010

Anniversary Kami 6th.July.2010









Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulilah Allah memelihara perkahwinan kami melewati segala macam ujian dan dugaan.Pada hari selasa semalam aku sambut ulang tahun perkahwinan kami secara sederhana sambil membawa budak Ultraman Max sekali ke majlis makan malam kitaorang.Macam biasalah Ultraman ni walaupun dan nak gopes gigi masih mampu layan Bananas split satu mangkuk sambil dibantu oleh Ominya.
Aku lepak kat Jhonny"s untuk Dinner makanan Cina.Perut Jawa aku memang sentiasa memusuhi makanan bangsa lain..macam tak lengkap je kalau tak makan nasi lauk sambal tumis bini aku,tapi Anniversary punya pasal..cina pun cinalah..
Boleh tahan gak Steam Boat kat sini kalau setakat nak "mengapusi" perut..harga pun boleh tahan murah.
Oleh kerana restauran ni masih berusia setahun jagung tak hairanlah segala kelengkapan disini kelihatan berkilat dan memencar-mancar.Nampak macam bertaraf 5 bintang pulak cuma kedudukan dan lokasinya berada di batu pahat,so aku kasi taruk sini 2 star cukuplah..kalau mampu bertahan sampai tahun depan aku kasi lagi 1/2 star..
Lokasinya sekitar Jalan Pancuran Air atau dibahagian belakang Telekom.Dulu ada sebuah restauran lama kat area ni tapi skarang dah tutup,Seri Raya..banyak memori kat restaurant tu yang mana aku pun dah tak berapa ingat yang aku ingat masa aku zaman bujang dan zaman sekolah menengah dulu,kat sinilah aku rasa restaurant paling best dan tercanggih pada zaman tu..
Oklah,aku ucapkan berbanyak terimakasih pada Isteri tersayang kerana selalu bersabar dengan segala karenah aku selama kita berumahtangga.Semoga segala pengorbananmu selama ni adalah sesuatu yang ikhlas dan hanya karana Allah.Setelah bermacam dugaan kita lalui selama ini,bersedialah dengan ujian yang bakal mendatang.Aku sentiasa berdoa agar rumahtangga kita selalu mendapat keberkatan.
Dan kepada Ultraman Mac,Babah ngan Omi sayang kat kamu,walaupun kamu tak tahu membaca lagi..jangan nenakal..!
Wassalam.

No comments: