Assalamualaikum..
Pahang merupakan destinasi seterusnya dalam trip aku kali ni.Kawasan pahang boleh dikatakan luas dan banyak daearah yang seronok untuk dikunjungi.Aku sampai daearah Kuantan pada hari Rabu lepas dan terus ke kawasan sungai kuantan dimana banyak gerai makan sepanjang laluan sungai.Salah satunya gerai Mak Cik Cun ni yang menyediakan banyak makanan dan lauk pauk cara orang Pahang.
Macam biasa aku mesti gasak Patin Tempoyak punya kalau kesini..beza dengan masakan tempoyak orang Perak,Pahang style ni pun tak kurang hebatnya,cuma serai dan bawang diblendar sekali so nampak pekatlah kuahnya tapi tetap menyengat.
Udang ni sekor Rm4..jangan ambil bebanyak...dan daging masak rendang atau masak Dendeng ni sekadar nak rasa je...boleh tahan..
Inilah kawasan belakang sungai Kuantan dan gerai tempat aku makan ni menghadap ke sungai...Paras air sungai pahang ketika ni sungguh menakutkan kerana hampir 60% kurang dari biasa.kalau waktu air pasang pun tetap nampak cetek..musim kemarau kot.
Masjid Kuantan ni aku belum berkesempatan nak singgah Solah,dari jauh nampak cantik dan suara azan jelas kedengaran dari hotel tempat aku menginap The Shahzan Inn.ok dalam update aku akan datang kita jelajah kawasan pantai,kawasan Tanjung Lumpur dan bandar Temerloh...
Wassalam..
No comments:
Post a Comment