Monday, March 22, 2010

Pahang Last part,Patin sungai Pahang



Assalamualaikum..

Pagi tu siap breakfast aku dengan pantas menyambar kunci kereta terus bergerak kearah Johor.Tak sabar nak tenguk muka anak aku yang aku tinggal kat rumah Neneknya kerana trip kami kali ni bukan trip makan angin sebenarnya,nanti macam-macam perangai dia sebab letih.Adalah lebih baik aku tinggal je sebab mak Su ada kat umah,so dia taklah boring.


Kami ikut arah Bera dan sebelum keluar kawasan Temerloh,singgah di satu kawasan tepi sungai Pahang untuk membeli sedikit buah tangan dari Bandar Ikan Patin untuk dimasak sendiri.Memang sesiapa pun teruja kalau tengok sang Patin yang segar sedang berenang dalam akuariun...tapi awas sekali lagi..kita sendiri kena pilih yang mana satu jangan pulak sound kat brader tu "kasi 3 ekor bang.."alamat dibaginya ikan yang sebesar Paus la jawabnya...sapa kena bayar..?kitalah...so korang tunjuk mana satu ikan tu dan tugas brader tu sauk ikan dalam akuarium dan timbang.Nak siap siang pun boleh,nak bawak hidup pun boleh..tapi bekas kena bawak sendiri.Sebelum singgah kesitu bawalah bekas simpan ais atau apa je bekas agar kesegaran ikan tu terjamin bila sampai rumah nanti.

Harga sekilo dalam Rm14.Aku pilih yang comei-comei blako..dalam 3 ekor.So aku nak jawab persoalan kenapa Patin Temerloh ni tak sama dengan patin yang ada kat luar sana?sebenarnya ikan Patin Temerloh ni dibesarkan dalam sangkar juga,bezanya sangkar Patin kat sini dibena dalam perairan sungai pahang yang mana air sungai pahang tu sendiri bersih dan sentiasa mengalir.Kalau patin yang dibela dalam sangkar kat tasik..airnya tak mengalir dan itu mempengaruhi texture ikan dan rasa.Selain Patin, Talapia merah pun ada kat sini.Biasanya penjual akan sauk ikan-ikan segar ni dari sangkar yang terletak kat belakang kedai mereka kira-kira 10 meter dan masukkan dalam akuarium untuk jualan.




Gambar bahagian belakang kedai yang jual ikan tu sungguh mempersona.Inilah rupa sangkar yang aku cerita tadi.Memang luas dan panjang sungai pahang ni.
Siap je pilih dan timbang,aku minta brader tu siang sekali dan bungkus dengan surat khabar lama.Omi beli sekali tempoyak Pahang dengan harga Rm4 satu bekas yang biasanya kita gunakan untuk diisi dengan dadih atau jelly kelapa.Kira ok lah walaupun aku tawar cuma dapat kurang seringgit..!Lagi satu petua..tawar mesti tawar jangan malu dan tak sampai hati ke apa ke...itu seni dalam urusan jual-beli..


Ok aku stop kat sini pasal negeri Pahang untuk kali ni.Lain masa kalau ada trip ke tempat-tempat menarik,aku akan kasi upload lagi..
Thank's kepada semua pembaca diluar sana kerana sudi singgah kat zonjuly terutama sepupu Jawa aku yang kat area Sentul tu,raya haji nanti kasi turun Temerloh jangan tak jadik...
Wassalam.

2 comments:

Empayar Digital said...

aku bukan pak lungo temerloh bodo kaji nang termeloh.. termeloh kampung bojoku tapi bodo kaji ki pak areng kuantan.. sedulur kabeh nang kuantan.. nang termerloh dokno sopo..

naftalena said...

ooohhh....Tanjung Lumpur nang kono..keno lah...panganan wokeh...nak pak lungo Temerloh pun dak adoh...sak jam tekanlah seko kuantan..