Saturday, February 20, 2010
Makan berdamai part 2010
Assalamualaikum,
Macam biasa aktiviti hujung minggu aku memang ada kaitan dengan culinary arts.Kali ni aku bertandang ke rumah pengantin di Peserai Batu Pahat.Kebetulan isteri aku dapat cuti minggu ni so dapatlah temankan aku ke majlis tersebut dan sekali gus membantu dalam mengendalikan projek aku ni.Alhamdulilah walaupun tuan rumah meminta agar dapat dipelbagaikan resipi masakan dengan kadar paling minimum,namun hasilnya agak memuaskan kerana sentuhan Gaban'Z'aku masih diberi perhatian.Biasanya aku cuma siapkan set makan damai ni untuk 15 hingga 20 orang tetamu,pernah sekali tu aku perlu sediakan set untuk 100 pax..boleh tahan terseliuh juga nak siapkan.
Tetamu kak Zaitun ni agak sederhana dengan set sayur,udang,ikan,buah dan seekor ayam panggang.Cuaca yang best membuatkan tetamu yang hadir nampak santai,so aku siapkan makan damai pun secara santai jugalah.Slow-slow,tenguk jam dah pukul 2pm..aku belum solah zohor,lepastu nak pegi ke parit raja pulak sebab ada lagi satu jemputan..tapi yang ni tak de buat apalah,just kasi isi perut lagi.
Ayam panggang black papper sauce ni kalau nak sedap siap panggang terus makan,kalau dah kenyang tak payah makan..ambil bau je.Sayur pulak aku taruk situ broccoli cauliflower and black mushroom je..memang itu jelah sayur yang sesuai kalau nak display kat atas meja damai ni,lain sayur boleh juga bergantung pada tuan rumahlah..nak sayur pucuk ubi pun aku boleh buatkan..Siakap goreng macam biasa dengan sos asam serai bercili.Aku tak upload gambo ikan tu pasal sekali aku check dalam camera...boleh pulak terlupa nak shoot....boleh..?sayur pulak dah biasa aku load dalam pos aku yang sudah..Ada kek ihsan tajaan kerajaan negeri selat aku kasi upload tu...cantik dan menawan...rasa sama je macam kek...
Sang udang pulak aku kasi mandi minyak panas bersos cili kunyit,boleh test kat rumah kalau nak sesuatu yang berbeza,..risipi..?nanti kalau ada masa aku taruk dalam ini blog...senang je tu...kos pun tak tinggi.
Ok,aku rasa display buah tu korang boleh kasi test untuk sambut hari ulang tahun perkahwinan ke...sambut hari lahir ke...kalau tak pandai nak gayakan...panggil aku datang...ok.
Labels:
Senyum Kambing,
Tawarikh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
negeleh wetengku ndelok panganan..
Post a Comment