Wednesday, February 17, 2010

Kambing Gurun buat Aqiqah.


Assalamualaikum,
Majlis kenduri Aqiqah anak perempuan sepupu rapat aku hari tu dapat dilangsungkan dengan jayanya.Cuaca siang sampai malam tak de hujan walau setitis pun,Alhamdulilah..cuma panas siang tu memeritkan urat belikat..
Seronok juga dapat lepak dengan sanak saudara walaupun cuma sekejap sebab aku terpaksa beransur jam 6 petang atas urusan yang tak dapat dielakkan.Kalau dapat datang balik malam tu tentu ramai yang aku jumpa.Saudagar"Mambera"tak nampak batang hidung siang rewang tu...'binawea' tol...ada ke patut...patut-patut lah...tapi malam dia ada kot..
Aku masih ingat lagi kawasan rumah penuh sejarah ni,banyak memori lama terungkap kembali masa zaman kecik-kecik dulu,tapi rumah ni dah banyak berubah,original foto Saudagar Esmit Ulam Saip ada simpan kot...kasi upload la kalau ada...

Anak aku sorang ni bukan main busy lagi..ramai member
katakan..kedepan,kebelakang...naik atas,turun bawah...rumah Mbah dia macam rumah dia pulak dibuatnya.

Inilah daging kambing gurun yang telah siap dimasak dalam periuk..aku tak sempat nak shoot gambar time kambing ni hidup...maaf ye kambing..kalau tak dapat ko possing kat blog aku..dalam periuk tu ada plastik merah tu bukannya sampah atau bendasing yang termasuk semasa masak,tapi otak kambing tu perlu dibungkus dengan plastik agar tidak bersepai sewaktu dimasak...satu ilmu tu kepada sesiapa yang tak tahu cara macamana nak masak otak kambing atau lembu...aaa..otak ayam atau otak-otak tak payah buat macamtu..

Sedang melepak kat sebelah rumah sambil borak panjang dengan sepupu dan pak cik sebelah Mbah.Dapat jumpa dan borak panjang cuma time raya je...kalau hari biasa dan bukan diadakan majlis macamni...susahlah nak jumpa..mamat baju merah tu kata dah tunang...jap lagi tabur surat saman la ko yek...!

Aku sambil kehulu kehilir ambik gamba...sempat gak tunggu ayam kat kuali ni...nasib baik tak de hangus..banyak tu...last-last pukul 6 tu masih ada satu kali lagi yang belum goreng...pukul berapa ntah diorang masak ayam tu..hehehe..

Oklah...ni aku kasi upload sekali Saudagar Esmit Ulam Saip,merangkap bapak kepada sibudak kecik yang di Aqiqahkan tu..mukanya kepenatan sebab baru bangun tido..tu turun sekejap ambik gamba lepastu nak sambung tido lagi sebab ada racun dalam perut dia yang dimakannya semalam sebab takut sembelit...dia berjaya mengatasi masalah sembelitnya selang sehari kemudian..