Dalam kesibukan mengharungi 2012,dah nak habis 365 hari aku lalui.Apa yg ada dalam tahun 2012 dah mula nak packing dan simpan dalam lock folder.Kena buka new folder untuk 2013.Macam biasa gambaran kasar 2013 dalam kepala aku ialah,pilihanraya,harga barang naik,minyak petrol naik,hutang 2012 yg perlu diteruskan bahkan tahun-tahun berikutnya kalau Allah panjangkan umur,anak aku mula sekolah,Insyaallah Seorang umat manusia baru muncul..Namun gambaran 2013 masih kabur dari spek mata aku memandangkan banyak perkara yg dirancangkan pada akhir 2011 utk 2012 banyak tak terlaksana.Aku rasa 2013 ni pun kena perhalusi balik setiap perancangan dan semoga tahun ini 365 hari adalah mencukupi.
Umur pada 2013 ni dah melonjak ke satu anak tangga baru,makin keatas dan power makin kebawah sebab makin tua.Mungkin ada yang seronok tahun baru nanti dan akan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tak terjangka pasti berlaku.Azam tahun baru..?dalam folder 2003 sampai 2012 azam tetap ada iaitu azam 2003 ialah berazam utk azam baru 2004 dan seterusnya.Rokok..?inilah perkara paling membimbangkan kalau terkeluar dari mulut sesiapa yg berada berhampiran..jawapan perlu diberikan melalui sms atau nak lagi jimat gunalah whatssapp..begitu sinonim soalan ni berlaku saban tahun.
No comments:
Post a Comment