Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi:
Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi
hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan
seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja
yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya
mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Kesimpulan Hadis:
1- Tabah dan sabar menghadapi musibah
adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan
bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi
musibah.
No comments:
Post a Comment