Friday, December 2, 2011

Garang


Aku sepagi ni dok depan pc mengagih-agihkan pakej promosi kami di cemilan station pada pelanggan yang tertarik.Sehingga pukul 11 pagi tadi seorang pelanggan dari Melaka menghubungi aku melalui H/P sebab nak marah aku dok link gambar aku kat wall dia tanda protest.Bagi aku wall yang tak de filter tu aku anggap bebas dan tuan tanah bebas remove post aku bila-bila masa.Apa yang buat aku hairan pemilik wall tersebut bertanya alamat kediaman kami dan berhasrat ingin datang kerumah pada hari ini juga untuk melihat hasil kerja kami.Orang jauh nak datang kami anggap tetamu dan tetamu itu harus dimuliakan manalah tahu membawa rezeki dan aku sentiasa harap tetamu aku hari ini akan memborongismon pakej cenderahati aku.Macam-macam pelanggan aku jumpa sepanjang cemilan station ditubuhkan pada awal 2009 sampai sekarang dan makin hari kami rasakan makin rapat dengan para pelanggan kami yang terlalu istimewa.Terkadang budi bahasa mencerminkan bangsa,dan bangsa itu sendiri haruslah membawa bahasa dan budi bahasa utk mencerminkan ketamadunan kaumnya.Aku takut nak menilai sekali gus nilai keperibadian seaeorang berdasarkan bahasa dan gaya mereka sebab semua tu tak cukup dijadikan tali pengukur identiti orang tersebut.Itulah manusia,ada yang berlagak baik tapi rupanya penyanggak dan ada yang berlagak gila rupanya mata-mata..(pak Polisi)..oklah,semoga bermanfaat dijadikan pedoman kerana manusia ini sentiasa berubah atau terubah mengikut persekitarannya melainkan orang yang benar-benar berpendirian sahaja mampu jadi dirinya yang sebenar sampai bila-bila.

No comments: