Sunday, November 27, 2011

sinar gemilang


Terkadang kita buta dalam menilai erti sebuah kemuskilan yang mana datangnya memberi seribu petunjuk dan sebuah kurnia.Aku suka menasihatkan diriku sendiri serta ahli keluargaku agar sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba dimuka bumi ini.Lumrahnya manusia memang tak lekang dari sifat lupa dan alfa dengan habuan nikmat dunia yang Allah pinjamkan sebagai ujian terhadap hambanya yang inginkan syurga.Dulu kita kaya sekarang kita miskin,dulu kita sakit,sekarang Allah beri kesihatan,dulu kita disini sekarang kita disana,semua perbezaan dimata manusia ini tetap tak mengubah kasih sayang Allah pada setiap makhluk ciptaannya.Kita tetap jua lupa siapa kita dan siapa pencipta,sebesar mana Maha pencipta dan sekerdil mana kita,kutiplah setiap dosa yang sudah kita tinggalkan dibelakang sana agar kita tahu sebanyak mana kebajikan yang telah kita buat.Adakah Allah terima setiap satu kebajikan yang kita lakukan berbanding setipa dosa yang kita tinggalkan..?setiap amal kebajikan itu adalah rahsia Allah sama ada ianya diberi ganjaran atau sebaliknya,tapi dosa itu memang pasti tercatat dalam buku amalan selagi tak mahu bertaubah.Itulah rahsia iman dan kepercayaan kita terhadap Allah maha Agung,maha pengampun dan maha mengasihani.

No comments: