Friday, August 13, 2010

Solah cara RasulluAllah.

Assalamualaikum..

QIYAM:
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika anda tidak mampu berdiri, solatlah dalam keadaan duduk. Jika anda tidak mampu duduk, solatlah dalam keadaan mengiring.(HR Bukhari)

RUKUK:
Hadith diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar r.a.(maksudnya) :
Nabi SAW, apabila hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke paras bahu. Tatkala mengucapkan takbir untuk rukuk dan tatkala ingin mengangkat kepalanya daripada rukuk, juga Baginda berbuat demikian. Dan membaca Allah Maha Mendengar sesiapa yang memujiNya. Baginda tidak berbuat demikian tatkala sujud.(HR Bukhari dan Muslim).

Keadaan Tangan, Jari Ketika Rukuk dan Meluruskan Tulang Belakang Ketika Rukuk:
Sesungguhnya Nabi SAW, apabila rukuk, Baginda membuka (meregangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-jarinya.(HR al-Baihaqi Darqutni).

Nabi Muhammad SAW menyuruh meluruskan tulang belakang ketika rukuk seperti sabdanya yang bermaksud:
Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tanganmu pada kedua-dua lututnu, kemudian regangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya.(HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

Tamakninah:
kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamakninah).(HR al-Bukhari)

SUJUD:
Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi dan Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki.(HR al-Bukhari & Muslim)

Siku Diangkat iaitu Tidak Menyentuh Lantai:
Apabila sujud, letaklah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu.(HR Muslim, Ahmad)

Dahi dan Muka Berada Di Antara Kedua-dua Tangan:
Maksud hadith:Sesungguhnya Nabi SAW apabila sujud, Baginda meletakkab wajahnya di antara kedua-dua tangannya.

Jari-jari Dirapatkan:
Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk Nabi membuka (meregangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud Nabi marapatkan jari-jarinya.(HR al-Baihaqi dan Darqutni)

DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD DAN TAHIYAT AWAL:
Yg ini kita akan bincang panjang sikit kerna, kita dapat tgk mcm2 versi duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal dikalangan rakyat Malaysia kini.

Ok, duduk di antara dua sujud ini dinamakn duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan menjadi seperti alas (firash). Tapak kaki sebelah kanan ditegakkan di atas lantai, sementara jari kaki menghadap ke arah kiblat (duduk bersimpuh).

Untuk pengetahuan rakan2 yg disayangi, tiada perbezaan di antara posisi duduk wanita dan lelaki di dalam solat. Posisi duduk antara dua sujud adalah sama dengan kedudukan Tahiyat awal.

Disebutkan dalam Sahih Bukhari sebuah hadith (maksudnya):Apabila Nabi SAW duduk di antara 2 rakaat , maka Baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya.

Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut.


DUDUK TAHIYAT AKHIR:
Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan, dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat).

Hadith yang menggambarkan keadaan ini ialah (maksudnya):sehinggalah tatkala Nabi berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak duduk di atas kakinya) dan duduk di atas sebelah kirinya bersimpuh.(HR al-Bukhari dan Ibn Hibban).

Juga sebuah hadith lagi menyebut Dan apabila Nabi SAW duduk di rakaat terakhir, Nabi mengkehadapankan kaki kirinya dan menegakkan yang satu lagi (kaki kanan) serta duduk di atas punggungnya (tempat duduknya).
(HR al-Bukhari)


SUMBER: BUKU SOLAT KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS,

PENULIS: FATIMAH IBRAHIM
WAN ABU BAKAR WAN ABAS
NG SIEWCHEOK

DITERBITKAN OLEH: JABATAN KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN, FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI MALAYA.Wassalam...semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada semua.

No comments: