Saturday, August 14, 2010

Puasa kerana Allah dan terpaksa berpuasa.




Assalamualaikum..

Sambil menunggu waktu berbuka yang tinggal sejam lagi dari sekarang,aku nak mengingatkan diriku dan keluarga mengenai Ibadah puasa yang kita lakukan karana Allah dan Puasa yang dirasai oleh penduduk Afrika,Palastine dan banyak lagi saudara Islam kita yang terpaksa berpuasa sepanjang tahun.Aku bersyukur kerana Allah kurniakan kita nikmat Ramadhan dan nikmat berbuka.Kalau penghuni Afrika yang sedang dilanda kebuluran...entah bila masa yang ditunggu untuk mereka menikmati waktu makan atau minum..Janganlah kita abaikan puasa kita kerana malas atau tak larat atau bermacam alasan semata-mata mengingkari hukum Allah,buruk padahnya kelak diAkhirat.Semoga Ramadhan tahun ni memberi seribu satu pengertian dalam diri kita semua.Wassalam.

No comments: