Friday, May 25, 2012

Last day at Tea market

 Hari ke 4 ni aku ada masa kitra-kira 5 jam sebelum ke airport,seawal pagi aku dan puan jelajah satu kawasan yang semuanya jual teh.Nak sampai sini pun mau separuh nyawa gak,sib baik semangat kental..ini papan tanda kena ingat sebab kat sini aku keluar train ,nak balik kena cari benda ni semula..ekeke..macam dalam hutan pulak kena ingat semua jalan yg kita lalu utk kembali ke pangkal jalan.


 Satu lagi sign board kaler cekelat tu pun kena ingat,senang nak tunjuk kat driver teksi atau tut-tut..tapi nampaknya driver teksi dapat rezeki haritu..
 Inilah wilayah teh yang kitaorg sampai lebih kurang pukul 11 pagi,Ronda sana sini tak de benda lain selain teh.

 Last sekali aku sampai satu kedai yg mana inilah rupa teh berkualiti tinggi dan harganya mencecah ribuan yuen sekilogram..dapat beli beberapa gram sahaja sebab mahal sangat.Mulanya tak jadi nak beli,tapi sebab tokeh tu dah belanja minum dan dia sendiri yang bancuh teh tu depan kitaorg..memang terbaik teh ni..hilang sengal dan letih badan akibat menapak tadi.Cara dia hidang teh dan cara membancuh teh ditunjukkan secara live depan kitaorg..rupanya mcmtu bancuh teh..bukan macam yg biasa kita buat kat rumah tu..ekekeke..jakun betul..
 Baju first day pakai balik..ok apa ..
 Aku tinggal beskal ni kat Guangzhou sebab beskal ni bukan aku yg punya.
 My best pren,..Tuan Haji Laluan Sutera..semoga muka aku akan diabadikan dalam karya beliau yang seterusnya..
Aku nak membuta time nih..puan sebuk layan sms dengan member yang tak dapat barang sampai balik...sian dia..kami ni pun nasib baik Allah tunjukkan jalan,kalau tak,nasib kami pun sama agaknya..Ok tu je update Benua China sampai kehari terakhir.Next trip mungkin sebelum Ramadhan kalau Allah izin untuk dagangan sebelum raya..wassalam.

Zong Da day 3

Hari ketiga ni memang satu hari penuh kami habiskan masa untuk beli barang CEMILAN STATION,nak ikutkan rasa memang nak termuntah tengok seluas kawasan tu penuh dengan barang yang sama cuma berbeza harga dan ramah tamah penjualnya.Naik ringan kaki bila teringat jelajah kawasan ni..

Kedai ni nampak je comel dan kecik..tapi sebenarnya,pemilik kedai ni ada beberapa buah kilang yang terletak beberapa KM dari sini..so kalau order barang tu kena tunggu dalam satu jam untuk kita dapat lihat pesanan tadi.


Ini baru satu lorong,sedangkan kanan dan kiri ada lima-enam lorong lagi sejauh 300 meter..Malas nak kira ada berapa kedai sebab sambil jalan kami fokus pada barang yang kami nak beli sahaja,kalau tak alamat sampai esok la kami kat situ..

Kedai yang puan singgan ni agak selesa untuk kami merehatkan kaki..Kat sini je berapa banyak duit tokeh tu dah sapu..ekekeke..barang masih atas kapal kot..sampai sekarang lom sampai..
Tempat ni memboringkan aku sebab satu tingkat ke satu tingkat agak jauh kena menapak..malas nak pegi sini lagi...ini kira satu kompleks juga..tapi segala macam kenderaan ada kat dalam sini..beskal,beca,motor elektrik..memacam lagilah..sebab itu kenderaan paling fleksible boleh hangkut barang yang berat.
Ini kenderaan nama dia aku tak sempat tanya,macam beca tapi guna dynamo elektrik untuk mengangkut kain.
Kat sini jangan harap kalau nak dapat ais kacang atau cendol mamak..ekeke..
Tak jadi beli sebab lari tajuk,bila dah balik sini menyesal tak beli sebab baru dapat idea nak boh kat mana..adehh..
Belah petang dekat nak maghrib singgah kat sini beli bunga palsu.Ujan la plak masani,sib baik apek tu layan borak sementara tubggu puan pilih memilih..

Siap packing tunggu lori sampai malam esok..

Wednesday, May 23, 2012

Ahdan - Permaisuriku Instrumental



Iklan ni memang mengasyikkan,thanks bro atas sumbangan lu..walaupun lu gasak je..tapi bole la masuk telinga time time mcmni..