Sunday, May 20, 2012

Guangzhou

Masih lagi update hari pertama sampai Guangzhou memandangkan khamis malam flight,sampai Guangzhou hari jumaat pagi lebihkurang 1.30 am.Mata naik kelat sebab satu hari suntuk perjalanan kitaorg dari BP to LCCT.                                      sampai je terus check in untuk penerbangan 8 pm hari khamis tu.
Sebelum solah jumaat,sempat juga meninjau aktiviti harian masyarakat sana yang sebok menjalankan urusan perniagaan memasing.Kuaci ni adalah hasil dagangan dari daerah selatan Cina dan biasanya bersaiz 3 x ganda dari kuaci yang kita makan kat tempat kita,ekeke jakun tak sudah jadi tourist nih..kalau kat malaysia orang kata kita wartawan sebab snap sana snap sini..kat sini..diorang tak peduli sebab aku tak faham bahasa mereka..

Tembikai katik ni aku saje nak test dia punya rasa,perghh..memang terbaik..patutlah dijual utk pelanggan sebab aku tengok ramai org keromon stall nyonya nih..
Jagung kaler tu macam kena sindrom,patutlah rasa tak berapa best,kalau jumpa jagung ni,jangan beli sebab rasa macam makan makanan dari planet lain,langsung tak de rasa jagung,dahlah mahal..!
Puan keletihan sebab banyak lemak terbakar akibat aktiviti berjalan kaki melebihi had maksima.

Saturday, May 19, 2012

Benua China


Assalamualaikum,lama tak update blog nih sebab keyboard rosak kat huruf "A"..konsonanlain ok..ni baru pulih,satu lagi kena update mood dulu..baru bole..Dah lama barhasrat nak sampai ke China untuk saksikan sendiri kehebatan tamadun mereka.Tapi untuk yang first ni biarlah aku lancarkan strategi aku sendiri untuk dapat modal pusing yang selesa.Join trip je namanya tapi bila sampai sana aku dan isteri berpecah dari group
pada hari kedua dan ikut haluan memasing.Inilah wajah Baiyun International Airport  yang dikatakan tersebuk didunia,padahal masa aku sampai lengang je sebab masa tu pukul 1.30 am.First day tak banyak sangat cerita sebab tak cukup rest.Sampai hotel je terus membuta sebab nak cukupkan jam tidur sampai pukul 8 am.Waktu subuh disana agak awal lebih kurang pukul 5 am,tapi 5 am kat China macam pukul 7 am kat sini,tu yang peliknya,semua dah terang benderang..
Pagi tu aku habiskan masa meninjau sana,meninjau sini di kawasan one link atau satu kawasan yang luasnya antara Batu Pahat dan Tongkang Pecah(kat kawasan aku)dan dipenuhi gedung-gedung ntah hapa-hapa ntah sebab aku tak larat nak story kat sini.
                 
Pengangkutan utama yang aku pilih kat sini ada 3,pertama MRT,kedua Texi dan ketiga Tut Tut..nanti aku story kelebihan dan kekurangan 3 pengangkutan nih.First nak selesa dan cepat sampai semestinya aku naik MRT dari area hotel jalan kaki je dah sampai dan kosnya terlalu murah..dah balik Malaysia pun Kad Train masih ada baki lagi utk next trip..memang murah dah cepat.
  Texi bermeter pilihan kedua aku ,kosnya pun murah dan selesa,Masalahnya nak bagi arahan kemana dan kemana ada payah sikit sebab pemandu sana 0.005% je yang bolehberbahasa inggeris so..mesti ada gambar sama ada di camera atau di telefon,nak lagi baik kasi print itu tempat punya gambat...aku biasanya snap gambar masa kat stesyen MRT tu then tunjuk pada driver taxi tu.Baru dia faham.Last choice kalau dah sesat timur barat aku naik ini Tut Tut..dan biasanya aku tunjuk kad Hotel je terus sepantas kilat brader tu bawak kitaorang sampai hotel sambil merempit.Ini driver Tut Tut memang lesen Agong kat China sebab boleh bergerak menyongsang arus,lintas traffic light sesuka hati,cros sana,cros sini,U-Turn tengah-tengah highway...naik pening aku..Polis kat sana pun tabik spring dengan Tut Tut nih...ekekeke..kosnya bergantung kepada kepandaian kita tawar menawar..biasanya aku bagi lebih sket sebab aksi mendebarkan yang dipamerkan...semua tu guna skill tu...makin kita cuak..eehhh.makin dia buat..ekekeke...lawak tol..

Walking area kat area one link ni memang bersih dan aku suka lalu lalang kat sini.Mungkin diorang kata China kotor tu kat area lain kot...macam KL pun kalau area Chow Kit tu boleh kata bersih ker..?aku dah survay banyak tempat kat Malaysia,sama gak...ada kawasan bersih..ada juga kawasan kurang bersih,..adatlah tu negara padat dengan penduduk.Ok ada masa aku update utk first day aku kat sana..ada banyak lagi nih...

Thursday, May 3, 2012

sabar itu sebahagian iman


Mesin ni macam siput sedut la..bilalah nak siap..takde ke mesin yang skali print je terus satu bunddle..senang sikit keje aku..kalau tak pun pakai voice je.."print 500 pcs"...terus dia print 499 pcs.."apasal ko tak print 500 pcs??" "ink habis tuan" cheet..! porahh..!


- Posted from my iPhone